LISA!72

873 96 15
                                    

DR. HAFREEZ memulas tombol berpintu besi setelah member card berjaya diakses. Tatkala dia menolak daun pintu, suasana menjadi riuh-rendah dengan sorakan penuh lantang dan bertenaga.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut lalu berjalan ke arah satu dinding kaca yang bersambung dengan ruangan stadium gelanggang. Mulutku terlopong. Sepasang mata aku meliar memandang segenap stadium tersebut.

Kelihatan ramai orang berada di setiap tingkat memenuhi kawasan penonton. Suasana tak kalah seperti sedang menonton perlawanan bola sepak piala dunia.

Di bawah sana terdapat satu gelanggang berbentuk oktagon dan dikelilingi dengan jaringan. Di atas sudut kiri gelanggang pula, terdapat sebuah skrin besar yang akan memaparkan perlawanan antara petinju secara jarak dekat.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam berjalan masuk ke dalam gelanggang bersama satu mikrofon ditangannya.

"Goodmorning, ladies and gentlemen. I'm Robert, your host for tonight. As we all know, we have an MMA fighter who has never been defeated by his opponents. This fighter has long since disappeared and now he is back to rock the ring tonight!"

"WOOOAHHHHHH!!!" Sorakan penuh kuat diberikan oleh semua penonton.

"ARE YOU GUYS READY FOR TONIGHT?!!"

"YEEESSSS!!!"

"I WANT TO HEAR YOUR SCREAM!!"

"ARRRRGHHHHHH!!!" Sorakan penuh tenaga itu menggegarkan satu stadium.

"INVITED, THE UNBREAKABLE GHOST TO ENTER THE RING!!!"

Setelah nama petinju pertama disebut, seorang lelaki bertopeng tengkorak berjalan masuk ke dalam gelanggang dengan penuh keyakinan diri. Aku memandang ke arah skrin besar dengan riak wajah yang terkejut. Aura lelaki itu telah membuatkan satu stadium seakan terkena histeria. Mereka menjerit memberi sorakan tanpa henti.

"Look at him, Nara. That's your husband." Dr. Hafreez bersuara setelah lama mendiamkan diri. Aku menoleh ke sisi, memandang lelaki itu. Sepasang matanya tak lepas dari memandang U-Gee yang telah masuk ke dalam gelanggang.

"Awak nak tahu sesuatu tak? Jumlah tiket yang terjual malam ni melebihi target yang kami tetapkan. Kalau perlawanan-perlawanan sebelum ni, paling tinggi pun 80 peratus tiket yang terjual. Tapi malam ni, semua tiket sold out. Nak tahu sebab apa?"

"Sebab diorang semua nak tengok U-Gee comeback." Dr. Hafreez memetik jari. Bingo!

"He's the main character for tonight. Kalau diikutkan, U-Gee sepatutnya dah bersara tapi demi awak dan Dinara, dia kembali semula disini. Why? You know the reason." Aku menarik nafas dalam. Jantung mula berdegup dengan laju.

"INVITED, THE ASSASSIN TO ENTER THE RING!!!"

"WOAHHHHHH" Sorakan penuh lantang turut diberikan tatkala The Assassin melangkah masuk ke dalam gelanggang utama. Aku terlopong. Walaupun perlawanan malam ini masih belum bermula, namun suasana dirasakan sungguh luar biasa.

Kini, Robert, U-Gee dan The Assassin berada dalam gelanggang utama. Kedua-dua petinju itu diberi arahan untuk membuka baju masing-masing. Biji mata aku terbeliak tatkala Khalif menanggalkan bajunya dan hanya meninggalkan sehelai seluar pendek berwarna merah. The Assassin turut berbuat perkara yang sama. Aku menekup mulut tatkala melihat banyak lukisan tattoo terdapat pada tubuh The Assassin.

Wow! Interesting!

Pusingan pertama berlangsung selama tiga minit setelah bunyi wisel ditiup. Aku meneguk liur kelat melihat perlawanan tersebut. Dalam hati aku, tak henti-henti berdoa supaya kemenangan milik Khalif malam ni.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now