LISA!37

1.8K 55 2
                                    

FLASHBACK;

Beberapa tahun lalu...

Bob atau nama sebenarnya Eijaz Fattah, mengemas bajunya masuk ke dalam beg bagasi untuk pulang. Dia sedih kerana harini merupakan hari terakhir persekolahannya sebagai seorang pelajar sbp tingkatan 5.

Selepas ini tiada lagi kerja sekolah, tiada lagi kelas tambahan, tiada lagi masuk ke tandas berjemaah dan tiada lagi pakaian seragam sekolah. Semua itu akan dia rindui. Meskipun alam persekolahannya tidaklah gembira mana tapi dia bersyukur sekurang-sekurangnya masih ada lagi hamba Allah yang ingin menjadi rakan-rakannya.

Namun, dalam masa yang sama dia juga gembira kerana spm telah pun tamat. Spm buatkan dia tak tidur malam dan amat mencabar mental dan emosinya tapi dari situ dia mula kenal apa erti tak berputus asa. Dia bukanlah seorang pelajar yang pandai tapi disebabkan dia dikelilingi dengan orang-orang yang rajin belajar maka dia pun turut merajinkan diri sehinggalah terbiasa. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Bukan itu saja, disebabkan dia merupakan pelajar asrama maka dia pandai membahagikan masa dalam menjalankan kehidupan yang seimbang sehingga dia berjaya menurunkan berat badan. Tak dinafikan, kehidupan di asrama mengajarnya untuk lebih berdikari.

Setelah selesai berkemas-kemas, Eijaz mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya. Mereka juga saling bertukar nombor supaya dapat bertemu lagi di lain masa.

Kemudian, dia membawa diri ke telefon awam pula untuk menghubungi bapanya, Salahudin.

Drtt...Drt...Drt...Drt...

'Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan-'

Tit!

Buat kesekian kalinya, nombor bapanya didail lagi sehinggalah kali kelima panggilannya tidak berjawab. Eijaz merengus kasar. Telefon awam itu kembali diletakkan di tempat asalnya semula.

"Membazir duit aku saja... Haih... Kena balik naik bas lagi ke?" Eijaz menghela nafas berat. Sudahlah barang-barangnya banyak, kena naik bas lagi! Duit makan pun tak cukup ni. Nak taknak terpaksalah dia mengikat perut sehingga tiba di rumah kelak. Tak sabar dia mahu merasa air tangan ibunya. Rindu!

Eijaz berjalan kaki sehingga tiba di stesen bas. Tiket dibeli lalu dia duduk di salah satu bangku sambil menunggu bas yang akan dinaikinya masih belum sampai.

Grrr....

Eijaz memegang perutnya yang berkeroncong minta diisi. Laparnya...sudahlah dia tak sempat untuk bersarapan, sekarang sudah masuk pukul 2 petang. Mana tak perut ni asyik meragam? Kena pulak di sebelah stesen bas ini ada kedai makan. Tapi, apakan daya? Duitnya tinggal sedikit, nak makan nasi putih dengan telur goreng pun tak lepas.

Beberapa minit selepas itu, bas pun tiba. Eijaz bersorak dalam hati. Tanpa menunggu masa yang lama barang-barangnya diangkut lalu diletakkan di bawah bas. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam bas lalu tiketnya diberikan kepada pemandu bas tersebut. 10 minit selepas itu, bas mula bergerak sehinggalah tiba di perkampungan Eijaz.

Eijaz melangkah turun dari bas. Barang-barangnya dikeluarkan dan mula berjalan masuk ke dalam kawasan kampungnya. Cuaca yang panas terik membuatkan satu badannya lencun dengan air peluh. Bau tak payah cakaplah, busuk! Hapak!

Tapi, dia tak kisah. Sekurang-kurangnya dapat dia membakar kalori. Mana tahu beratnya turun lagi 1kg?

Hampir 10 minit berjalan, kelihatan rumah kayunya terlihat dari jauh. Eijaz bersorak gembira. Akhirnya, aku dah sampai rumah!

"Assalammualaikum! Ibu! Ibu! Atah dah balik!" Eijaz menanggalkan kasutnya lalu melangkah satu per satu anak tangga. Barang-barangnya turut diangkat dan diletakkan di depan pintu rumah.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now