LISA!01

9.5K 236 10
                                    

ASSALAMMUALAIKUM dan hai! Nama aku Dalisha Inara binti Tarique. Umur aku 22 tahun tapi birthday aku belum lepas lagi. So, kiranya aku masih 21 tahun lah. Tapi walaupun masih muda, aku pemegang degree dalam bidang software engineering. Kenapa umur aku 21 dah pegang degree? Sebab lepas spm aku pilih untuk menyambung stpm berbanding diploma.

Kenapa aku tak ambik diploma? Senang aje jawapannya, sebab aku nak habis belajar cepat. Mesti ada orang tertanya, keputusan spm aku mesti teruk sebabtu ambik stpm. Entah-entah kena reject dengan upu, matriks and so on.

Ehem. Hello? Excuse me? Bukanlah nak batak atau bangga diri, tapi spm aku dapat straight A. Bukan cokia-cokia tau! Kau hado? Aku dapat semua tawaran ipt tapi aku sendiri yang reject dan pilih stpm.

Sebab apa? First, sebab dekat dengan rumah aku. Second, sebab yuran murah. Third, jalan pintas untuk buat degree. Forth, sijil stpm sangatlah laku berbanding lepasan diploma. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan stpm tapi korang google lah sendiri. Kalau aku cerita sampai ke tahun depan pun belum tentu habis!

"Nara! Pergi lunch jom, aku laparlah!" Aku menggulingkan biji mata. Makan! Makan! Makan! Tak cukup ke kau melantak sebungkus roti coklat dalam kelas tadi?

"Dari tadi aku tengok kau melahap roti coklat depan Dr. Hafreez. Tak kenyang lagi ke?" soalku seraya bercekak pinggang. Melissa menggeleng kepala sambil merungut kecil.

"Aku tak sempat sarapan harini. Roti coklat tu pun bukannya banyak sangat. Mana cukup untuk aku sorang. Lagipun, kau pun lapar jugakkan? Jomlah lunch sama-sama... " Melissa buat muka kesian. Matanya dikelip-kelipkan macam budak-budak umur 3 tahun mintak makan dari mak.

"Hish, kau ni! Jomlah makan. Tapi, jangan lambat-lambat. Kejap lagi ada kelas dengan Dr. Lee pulak."

"Aight aight bosskurr!" balas Melissa sambil tunjuk tabik hormat tentera. Mentang-mentanglah bapak kau askar pencen, semua nak tabik!

Ini Puteri Melissa binti Sallehuddin. Kitorang sebaya dan dia satu-satunya sahabat yang aku sayang dunia akhirat! Melissa ni sekepala dengan aku, buat apa-apa semua nak sama-sama termasuklah dalam pelajaran. Aku ambik stpm dia pun nak ambik stpm. Aku ambik Software Engineering pun dia buat benda yang sama. Tapi, alhamdulillah walaupun ikut kawan kitorang tetap dapat carry bidang IT ni sama-sama walaupun rasa fed up hari-hari hadap laptop!

Sebenarnya aku memang nak ada kerjaya dalam bidang IT sebab zaman sekarang ni dunia makin canggih. So, pekerjaan dalam bidang IT pun amat diperlukan. Gaji jangan cakaplah, kalau skill kau terbaik antara yang terbaik, memang hidup mewahlah nanti.

Melissa pulak katanya takde cita-cita. Bila kaunselor tanya nak jadi apa suatu hari nanti, dia kata cita-cita dia sama macam cita-cita aku. Huh! Takde pendirian langsung! Nasib baiklah dia pandai bawak diri dalam bidang yang sama aku ambik. Kalau tak masuk hospital bahagia gamaknya.

Aku dan Melissa melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan melayu berdekatan kampus kitorang. Setelah menjumpai meja kosong, punggung dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

Tak sampai dua saat, seorang pelayan wanita datang bersama buku menu ditangan.

"Kau nak makan apa, Mel?"

"Erm... Saya nak order nasi goreng tomyang dengan telur mata satu. Air saya nak carrot juice." Ujar Melissa dan menerima anggukan dari si pelayan wanita itu.

"Saya nak order cha kuey teow goreng dengan jus asam boi. Thank you." Setelah selesai memesan menu, pelayan wanita tersebut mempamitkan diri bersama buku menu ditangan.

"Wei, exam nak dekat. Kau dah habis study semua ke?" Soal aku memecah kesunyian antara kami. Melissa menggelengkan kepala lemah.

"Assignment yang Dr. Lee bagi tu pun aku tak siap lagi. Dah lah due date minggu depan. Mana sempat nak study semua..." Aku mengangguk mengiyakan. Walaupun assignment tu dah 80 peratus siap, kadang-kadang kitorang akan tangguh sekejap untuk buat revision subjek-subjek lain. Hadap benda sama hari-hari bosan tahu tak? Dah nak rabun dah mata aku ni!

"Takpe wei, sikit aje lagi. Tinggal lagi beberapa sem aje kita kena hadap lepastu habis! Aku nak kerja takpun kahwin dulu! Kesian Danish tengah tunggu aku..." Aku memuncungkan bibir mengenangkan si buah hati yang sedang bekerja keras demi menghalalkan aku.

"Cakap pasal dia, korang taknak bertunang dulu ke? Kenapa nak terus kahwin?"

"Sebab dia nak keluarkan duit masa kahwin aje, bertunang tu tak wajib pun. Lagipun, aku taknak bebankan dia. Kalau dia dah cakap macamtu, aku ikutkan aje."

"Kau sayang dia?" Soalan Melissa buatkan aku musykil. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macamtu?

"Mestilah aku sayang dia! Dia dah banyak berkorban untuk aku. Selalu sabar layan kerenah aku, aku aje yang selalu jadi bebanan dia."

"Habistu, bila nak kahwin? Dia tak bawak family dia datang merisik kau?" Aku mengangkat bahu tak tahu.

"Maybe, dia tahu aku tengah sibuk. Dia kata dia nak bagi aku masa habiskan exam dulu. Sekarang pun dia tak chat atau call aku. Entah apalah dia tengah buat sekarang...dia tak rindu aku ke?"

Melissa hanya diam tak membalas apa-apa. Beberapa ketika selepas itu, menu yang dipesan tiba jua. Tiba-tiba perut kitorang berkeroncong serentak tatkala bau enak lagi menggiurkan masuk ke dalam rongga hidung. Masa untuk makan!

"Nara, kejap lagi aku kena balik kampung jumpa family aku. Adik aku excident tadi."

"Ha?! Macam mana boleh excident??" Aku yang tengah minum air asam boi terus tersedak bila dapat tahu adik dia excident. Lantas sehelai tisu dikeluarkan dari dalam beg dan menyapu mulut yang comot.

"Degil sangat tu lah padahnya. Dah tahu demam, nak jugak keluar dengan kawan-kawan dia pergi melepak. Mak aku cakap dia jatuh motor masuk parit. Dia dekat hospital sekarang. Lepas kelas nanti aku pergilah. Lagipun, aku dah hantar surat mc untuk dua hari. Kau okay pergi kelas sorang-sorang?" Melissa bertanya kepada aku.

Dia ni luaran nampak aje keras, hati batu tapi jauh dalam sudut hati dia, dia seorang kakak yang bertanggungjawab, selalu ambik berat tentang adiknya yang seorang itu. Biasalah anak sulungkan? Mana nak tunjuk sangat yang dia sayangkan adik dia. Mulut aje jenis takde insurans.

"Aku okay. Kau pergi ajelah. Aku pun rasa macam nak balik rumah family aku dua tiga harini. Aku malas nak balik rumah sewa. Kalau balik rumah family, aku boleh hadap kerja tak fikir nak masak sendiri, basuh baju sendiri. Lagipun, aku dah lama tak jumpa mak dengan abah."

Melissa mengangguk faham. Biasalah, busy life kan? Asyik dengan buku, assignments, exam. Mana taknya nak ada masa dengan family?

"Kirim salam mak dengan abah nanti. Apa-apa pasal adik aku, nanti aku roger kau."

"Kirim salam ibu dengan baba jugak." Sempat aku dengan Melissa berpesan sesama sendiri sebelum menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih tinggal.

AKU KEMBALI DGN STORY BARU! YOOHOO! YG BACA TU JGN LUPA VOTE AND COMMENTS💜⭐

BARULAH AKU EXCITED NK UPDATE💛

LECTURER ITU SUAMI AKU!On viuen les histories. Descobreix ara