LISA!48

1.3K 65 21
                                    

IMRAN terbatuk-batuk lagi. Wajahnya kelihatan semakin pucat. Sampai bila dia nak tanggung rasa sakit ni? Sampai bila dia perlu berahsia dengan semua orang? Imran buntu. Dia mahu memberitahu Puan Ainul tapi dia risau jika wanita itu pula yang jatuh sakit.

Klak!

"Hey!" Imran berpaling. Terbeliak biji matanya melihat kehadiran Sara. Apa perempuan ni buat dekat sini? Sesuka hati saja masuk bilik dia? Dia rasa dah kunci pintu tadi.

"Apa kau buat dekat sini?"

"Nak jumpa youlah. Nah, malam esok pakai baju ni. You jadi partner I." Ujar Sara seraya meletakkan sepasang pakaian di atas katil. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan disitu. Kaki kanan disilang ke atas.

"Kau ni memang takde rasa malu eh? Bilik yang kau masuk ni bilik aku, bilik lelaki. Kau nampak tak aku tak pakai baju sekarang?" Sara berdecit. Dia menggulingkan mata ke atas.

"I tahu. I dah masuk tadi tapi you tengah mandi so I turun bawah pergi minum air sementara tunggu you habis mandi. Aunty takde. Dia pergi kerja. Sebabtu I berani masuk. Lagipun, I cuma nak hantar baju saja."

"Boleh tunggu aku dekat bawah kan? Takpun bagi dekat makcik Halijah." Sara tersenyum sinis.

"Im, perempuan tu cuma maid sajalah dalam rumah ni. Dia bukan sesiapa pun. Berani dia halau I?" Imran merengus kasar. Almari dibuka lalu sehelai t-shirt hitam berlengan pendek dicapai dan disarungkan ke tubuh.

"Malam esok you jadi partner I."

"Aku tak pergi." Jawab Imran acuh tak acuh.

"Why?"

"Aku busy. Kau carilah orang lain. Ajaklah lecturer kesayangan kau tu-"

"I dah ajak tapi dia block I! Dia dah ada partner untuk dinner nanti!" Sara merengus kasar. Dia memeluk tubuh. Geram betullah! Dahlah dry text lepastu sesuka hati saja block nombor dia!

Sara mengeluh berat. Agak-agak siapalah yang bertuah jadi partner Dr. Khalif Zafran? Pelbagai cara dia cuba untuk menarik perhatian lelaki itu tapi asyik kena reject saja! Mesti partner Dr. Zafran itu orang istimewakan? Teman wanita? Atau mungkin tunang Dr. Zafran? Mesti perempuan itu cantikkan? Eh, tapi dia pun cantik jugak? Full package lagi! Apa yang kurangnya dia?

"Agak-agak siapa partner Dr. Zafran?"

"Entah. Maybe, Dr. Tiara."

"Tiara?!" Imran menganggukkan kepala.

"Perempuan yang keluar makan dengan lecturer kesayangan kau tu. Kan gambar diorang viral haritu. Lupa?" Sara mengepal buku limanya. Macam mana dia boleh terlupa pasal gambar tu?! Bila diingatkan semula, hancur hati dia tengok Dr. Tiara pegang tangan Dr. Zafran. Dr. Zafran pulak tak menepis?! Hish!

"Im, I ni tak cantikkah? Kenapa semua orang tak suka I?" Sara bertanya dengan nada sayu. Imran menarik senyuman sinis.

"Cuba kau tengok cermin tu." Arah Imran. Sara mendongakkan kepala, memandang cermin seperti yang diarahkan Imran.

"Apa yang kau nampak?"

"Aku nampak... Kecantikan yang luar biasa!" Jawab Sara sambil membetulkan helaian rambutnya yang sedikit serabai.

"Itu yang kau nampak bukan orang sekeliling kau nampak." Sara mengerut kening, pelik.

"What do you mean?"

"Kau cuma nampak kesempurnaan diri kau depan cermin ni tapi orang lain nampak keburukan kau. Kau tu hati busuk, pentingkan diri. Kau rasa kau saja betul. Kau paling bagus dan orang lain semuanya salah. Sebab apa? Sebab kau rasa kau kaya dan berkuasa, semua orang kena ikut cakap kau. Kalau kau buat salah, parents kau sanggup rasuah orang semata-mata nak tutup kesalahan kau. Kau tu dah banyak conteng arang dekat muka diorang cuma kau tak sedar sebab kau tu satu-satunya anak diorang. Diorang tak sanggup kehilangan kau dan berani tebalkan muka untuk back up anak diorang yang sudah terang-terangan salah. Takkan kau tak perasan? Oh, lupa. Kau ni kan anak manja. Tak boleh sentuh sikit, terus melenting. Aku ni pun takdelah baik sangat, at least aku hormat parents aku tak macam kau. Kau cuma pergunakan parents kau untuk kepentingan kau sendiri..."

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now