LISA!50

1.5K 83 1
                                    

KHALIF memberhentikan keretanya di halaman rumah Haji Tarique. Gear ditarik lalu enjin kereta dimatikan.

"Sayang masuk dulu. Abang nak pergi melawat kubur Nek Itam sekejap."

"Saya nak ikut boleh?" Khalif tersenyum seraya mengusap kepala aku.

"Cuaca panaslah sekarang. Sayang rehat saja dekat rumah dulu. Nanti kalau cuaca redup, abang bawak sayang melawat kubur Nek Itam." Aku hanya mengangguk. Pintu dibuka lalu aku melangkah keluar dari perut kereta. Khalif turut keluar dan membuntuti langkah aku.

"Assalammualaikum, mak! Abah!"

"Waalaikumussalam..." Balas Haji Tarique dan Hajah Raudha serentak. Aku dan Khalif menyalami tangan mereka berdua.

"Apa khabar cucu mak? Sihat?" Aku mencebik bibir. Cucu dia belum keluar perut lagi dah tanya khabar. Aku yang ada depan mata ni taknak tanya pulak?

"Cucu yang ditanya. Anak sendiri taknak tanya?"

"Alalala... Merajuk pulak mak bunting kesayangan awak ni, haji. Mak gurau saja. Inara apa khabar? Sihat? Khalif sihat?"

"Sihat, alhamdulillah..."

"Besan mak mana?" Soal Hajah Raudha kepada Khalif.

"Umi tunggu papa balik kerja dulu. Malam nanti diorang sampai. Mak dengan abah berdua sajakah? Danny mana?"

"Danny pergi buat kerja sambilan. Dari duduk rumah kumpul lemak, baik abah suruh dia keluar cari kerja. Ada faedah sikit." Celah Haji Tarique. Khalif dan Inara dijemput masuk ke dalam rumah untuk minum tengah hari.

Khalif mempamitkan diri terlebih dahulu untuk melawat kubur Nek Itam. Sebelum dia pergi, beg bajunya dan aku dikeluarkan dari dalam bonet kereta manakala aku pula menemani mak dan abah ke dapur.

.

Tepat pada pukul 9 malam, Megat Wathiq dan Puan Elina serta Arif tiba di perkarangan rumah Haji Tarique dan Hajah Raudha. Salam diberi dan mereka berdua dijemput masuk untuk menikmati makan malam bersama.

"Danny, pergi ambikkan satu jug air kosong sejuk. Aku hauslah." Pinta aku tatkala kelibat Danny sampai di meja makan. Danny yang baru saja ingin melabuhkan punggung di kerusi terus tergendala. Dia mengeluh kecil.

"Depan mata kau tu bukan air sejuk?"

"Ni air manis. Aku nak air kosong!"

"Biar abang pergi ambikkan-"

"Eh, tak payah! Awak duduk sini. Danny, pergilah ambikkan aku air! Kalau tak aku cakap dengan mak kau taknak tolong aku!" Cantas aku. Lengan Khalif ditarik untuk duduk semula. Danny mengguling biji mata.

"Asyik aku saja kena suruh buat kerja! Kau duduk saja daripada tadi!" Danny merengus geram. Dia membawa diri ke dapur untuk mengambil satu jug air sejuk seperti yang aku minta. Beberapa minit selepas itu, dia kembali semula ke meja makan.

"Tuangkan sekali." Arahku. Danny menarik nafas dalam.

"Baik kakakku, sayang..." Danny senyum paksa. Air kosong sejuk dituang ke dalam satu gelas kosong lalu diletakkan di depan aku.

"Aku taknak makan nasi putih, aku nak mi bandung. Tolong ambikkan aku mi bandung, Danny?" Pinta aku lagi. Khalif yang mahu buatkan mi bandung untuk aku terus aku cegah. Aku suruh adik aku, bukan kau! Kau duduk saja makan diam-diam!

"Kau ni lebih-lebihkan? Kalau taknak makan nasi, kenapa cedok kuah siap-siap? Siapa nak makan nasi kau?"

"Kaulah! Tadi aku memang nak makan nasi tapi lepas nampak mi bandung, terus selera aku bertukar. Ish, jangan banyak cakap, boleh tak? Cedokkan mi tu cepat! Aku lapar ni! Anak aku pun lapar!"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now