LISA!02

4.4K 126 11
                                    

AKU memasukkan dua buah beg bagasi beserta dua beg sandang ke dalam bonet kereta. Bila dah plan nak balik rumah family, baju-baju kotor semuanya aku rasa malas nak basuh sendiri. Kena pulak mesin basuh dalam rumah sewa ni rosak. Basuh pakai tangan? Memang tidokle aku nak buat!

Takde masa tau! Tidur pun tak menentu inikan pulak nak urus benda lain?

"Lama ke kau balik sana?" Aku berpaling ke arah pintu masuk dimana salah seorang kawan serumah aku berdiri, Azira namanya.

"Sampai ada yang baik hati nak betulkan mesin basuh tu." Jawabku. Azira berdecit.

"Aku mana reti nak betulkan mesin basuh tu. Kalau panggil orang nanti kena bayar mahal pulak. Hutang kereta pun aku belum habis bayar lagi!"

"Takkan kau takde kawan yang pandai betulkan mesin basuh tu? Boyfriend kau? Tak reti? Eh, malulah kalau lelaki tak pandai betulkan benda-benda macamtu. Patutnya, diorang kena pandai tau basic-basic betulkan mesin-mesin dalam rumah ni. Baru sesuai jadi suami!" Aku menggelengkan kepala.

Takkan semua perkara nak panggil orang betulkan? Tugas isteri kemas rumah, masak, sidai baju... Tugas suami kenalah pandai betulkan mesin-mesin atau semua benda alah dalam rumah ni.  Barulah hidup harmoni. Duit-duit tu boleh digunakan untuk perkara yang lebih mustahak. Kan kawan kan?

"Boyfriend aku kan tengah exam sekarang. Nanti aku trylah mintak tolong dia betulkan." Pasrah Azira menjawab. Aku senyum lebar sebelum meminta diri untuk pulang. Tak boleh lama-lama, kejap lagi dah masuk waktu maghrib. Karang, membebel abah sebab aku balik lepas waktu maghrib.

"Aku pergi dulu, jaga rumah elok-elok tau?"

"Yelah! Kau tu, bawak kereta elok-elok. Jangan leka karang tak sampai rumah, sampai hospital pulak. Dah lah tiga minggu lagi nak exam!" Amboi muluttt! Cili baru tahu! Janganlah doa yang bukan-bukan! Buat aku takut aje.

###

HANDBRAKE kereta aku tarik setelah tiba di perkarangan rumah keluarga aku. Nafas dalam ditarik, memandu pun penat. Nasiblah jarak rumah aku dengan rumah sewa tak jauh sangat.

Enjin kereta dimatikan kemudian aku melangkah keluar dari perut kereta. Mak yang perasan akan kepulangan aku, bergegas dia keluar rumah bersama senduk ditangan.

Amboiii nak tunjuk dia tengah masaklah tu! Maklumlah, baru beli periuk baru. Ni semua pengaruh Go Shop lah ni! Sengaja hasut mak aku suruh beli periuklah, papan pemotonglah, segala jenis saiz pisau dan paranglah. Agak-agak kalau rumah ni runtuh baru dia nak stop membeli.

"Assalammualaikum, mak..." Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Belakang tangan mak aku cium. Tangan kiri tak lepas dari pegang senduk. Kalau iyapun, letaklah tepi dulu.

"Waalaikumussalam. Dah maghrib baru nampak batang hidung!"

"Jalan jammedlah mak. Tadi ada excident dekat traffic light tu yang sampai lambat tu. Abah mana?"

"Waktu-waktu macam ni dekat mana lagi dia pergi kalau bukan masjid? Nara dah makan belum?" Aku menggelengkan kepala sambil membuat muka kesian. Perut aku yang kempis diusap-diusap menandakan ia tengah kosong. Last makan pun waktu lunch dengan Melissa tadi.

"Mak ada masak asam pedas telur ikan. Kamu naik dulu pergi bersihkan diri lepastu turun makan. Boleh makan sorang-sorang tak?"

"Kenapa mak? Mak taknak teman Nara makan?" soalku bersama nada suara ingin merajuk. Dahlah jarang balik rumah, nak mintak temankan makan pun tak mahu!

LECTURER ITU SUAMI AKU!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt