LISA!56

923 49 2
                                    

SUASANA bilik di bawah tanah kelihatan sangat suram. Terdapat satu gelanggang besar di tengah ruangan dan dikelilingi dengan beberapa alatan gimanasium. Adakah ini bilik gim? Kalau ya, kenapa Khalif perlu sembunyikan bilik ini daripada aku?

Aku membuang pandangan ke segenap ruangan bilik ini. Terdapat pelbagai sijil dan gambar yang diframekan digantung di dinding. Kedua-dua kening aku bertaut tatkala merenung ke setiap gambar-gambar tersebut.

Gambar seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek serta bertopeng tengkorak. Pelbagai posisi serangan yang menakjubkan ditunjukkan. Terdapat juga gambar-gambar ketika lelaki bertopeng ini menerima banyak penganugerahan.

Di sudut lain, terdapat pelbagai pingat dan trofi yang dimenangi. Kesemuanya berwarna emas. Kepala aku menunduk memandang ke arah beberapa potongan akhbar di atas meja berwarna hitam.

The Unbreakable Ghost never defeated by any player

The only winner: Unbreakable Ghost

MMA Fighter Of The Year goes to The Unbreakable Ghost!

Where is Unbreakable Ghost now?

Semua tajuk utama keratan akhbar dibaca. MMA Fighter? The Unbreakable Ghost? Khalifkah?

Aku memegang kepala yang mulai sakit. Nafas dalam ditarik dan dihembuskan.

Selepas sakit dikepala aku berkurangan, aku berjalan ke sudut lain pula. Di hujung sudut kanan bilik, terdapat satu ruangan beralmari kaca. Di dalam almari kaca tersebut, kelihatan sebuah topeng tengkorak menyeramkan berpusing dalam mod perlahan. Almari kaca disebelahnya pula kelihatan sepasang sarung tangan boxing berwarna hitam berkilat. Ruangan disini seakan hasil-hasil karya yang dipamerkan dalam muzium.

Adakah ini rahsia terbesar yang Khalif sembunyikan daripada aku? Is he really an MMA Fighter?

###

DANISH berjalan masuk ke dalam sebuah syarikat mewah milik Tuan Nadeem dan abang sulungnya, Tuan Habib. Dia mendapat panggilan daripada Tuan Nadeem untuk datang ke sini dengan membawa surat beranak dan sijil-sijilnya.

"Assalammualaikum, saya nak jumpa Tuan Nadeem boleh?" Seorang wanita bertudung yang duduk di kaunter mendongak memandang Danish.

"Waalaikumussalam, awak ada buat temujanji dengan Tuan Nadeemkah?"

"Tuan Nadeem yang call saya suruh datang sini. Nama saya Danish Taufiq Bin Zailan."

"Sekajap ya?" Wanita bertudung itu mencapai gagang telefon lalu diletakkan ke telinganya. Kepalanya terangguk-angguk bersama ucapan 'baik, tuan' ketika sedang berkomunikasi dengan orang atasan.

Beberapa saat kemudian, gagang telefon kembali diletakkan.

"Awak boleh naik ke tingkat 12. Tuan Nadeem sedang menunggu awak di bilik meeting."

"Okay, terima kasih." Ucap Danish sebelum membawa diri ke lift. Butang yang menunjukkan anak panah ke atas ditekan.

Ting!

Danish melangkah masuk ke dalam lift setelah pintu terbuka. Dia menarik senyuman manis buat beberapa orang pekerja yang berada dalam lift tersebut. Senyumannya dibalas oleh mereka.

"Bau apa ni?" Seorang wanita menutup hidungnya tatkala deria baunya menangkap bau busuk dan hanyir. Rakan disebelahnya turut menekup hidung apabila terbau benda yang sama.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now