LISA!71

929 100 13
                                    

"INIKAH syarikat boxing yang kau cakap tu, Meor?" Meor mengangguk kepala mengiyakan. Aku, Mel dan Kahar terlopong. Besarnya bangunan ni! Mengalahkan Megah Holdings!

"Yang kau jakun sangat ni kenapa?" Meor bertanya kepada Kahar seraya menjungkit alis kening. Kahar menutup mulut. Dia menoleh ke arah Meor disisi.

"First time aku tengok bangunan ni depan mata aku. Selama ni aku tengok dalam tv saja wei. Bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, memang WOW!!"

"Kan?! Bentuk bangunan ni unik! Cantik sangat!" Mel mengangguk setuju.

"Kalau korang nak tahu, Dr. Zaf yang design bangunan ni. Multitalented wei dia ni!"

"Memandai saja kau. Mana kau tahu? Aku yang isteri dia pun tak tahu." Meor menggulingkan biji mata.

"Mestilah aku tahu, aku ni kan peminat setia U-Gee! Aku cuma tak tahu yang U-Gee tu Dr. Zaf saja!"

"Kalau U-Gee tu bukan suami aku macam mana?" Meor, Kahar dan Mel memandang antara satu sama lain sebelum kembali memandang aku. Aku tersenyum sinis. Cepat betul buat kesimpulan sendiri. Entah-entah salah orang! Mana tahu Khalif tu PA kepada U-Gee? Tak pun cuma salah seorang staf saja dalam syarikat ni?

Karang dah salah, buat malu saja!

"Ah, lantaklah kalau salah pun! Yang penting kita dah sampai sini. Ingat tujuan kau datang sini, Nara."

"Kau sure Dr. Zaf ada dekat UK sekarang?" Aku mengangguk kepala. Aku yakin dia ada dekat sini. Instinct seorang isteri dan seorang ibu tak pernah salah!

"Guys, korang perasan sesuatu tak? Kenapa bangunan ni macam tak hype sangat? Kalau syarikat ni betul-betul famous dekat sini, asal aku tak nampak ramai orang berkerumun?"

"Kenapa kau suka tanya soalan bodoh ek, Mel? Kau fikir ni syarikat artiskah? Sekarang waktu bekerja, semua orang tengah sibuk bekerja. Tak macam kau, curi tulang saja!-"

"Kau memang nak cari gaduh dengan akukah?!"

"Sudahlah Mel, Kahar! Jangan buat kecoh dekat tempat orang boleh tak? Behave, please?" Aku meninggikan suara. Geram dengan perangai kebudak-budakan Mel dan Kahar. Fikir ni Malaysiakah suka-suka hati saja nak buat onar? Ini tempat orang tahu tak? Perangai tu eloklah sikit!

"Kawasan ni akan hype bila waktu malam. Lebih-lebih lagi kalau ada tournament. Memang sesak!" Celah Meor. Hazelnut Oreo yang berada ditangan disedut strawnya bagi melegakan tekak yang dahaga. Musim panas macam ni memang best bila dapat air sejuk.

"Boleh masukkah?"

"Setahu aku, tak boleh kecuali kau ada kad."

"Kad apa?"

"Kad untuk access masuk. Hanya members saja yang boleh masuk sebab pengawalan dekat sini ketat."

"Kalau ceroboh masuk?"

"Masuk lokap. Kalau korang tetap nak ceroboh jugak, cubalah. Aku taknak ambik risiko." Ujar Meor sebelum melangkah pergi. Sejujurnya, ini bukan kali pertama dia datang kemari. Masuk harini sudah kali kedua. Nasib baik saudaranya ada kad untuk access masuk. Jadi, alang-alang itu dia ikutlah sekali.

Tak dinafikan memang pengawalan disini amat ketat. CCTV dimana-mana saja. Sekali kena tangkap sebab menceroboh, memang lima tahun meringkup dalam penjara.

"Tapi, aku nak masuk! Macam mana nak dapatkan member card tu, Meor?"

"Duit."

"Mahal?"

"Boleh beli sebiji kereta Ferrari."

###

AKU merenung wajah aku dipantulan cermin bilik air. Jam di dinding aku tilik. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam dan kini aku berada di dalam bilik air, bertudung sarung hitam, berhoodie, bercermin mata serta mask. Dari kepala ke kasut semuanya hitam.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now