LISA!40

2.1K 78 13
                                    

"ERM...boleh aku tanya sesuatu tak?" Usop, Wahid dan Bakar berpaling memandang Afeef yang bertanya. Mereka bertiga merupakan remaja yang tinggal di kampung tersebut. Setiap malam, mereka akan melepak di Warong Wak Dayak yang terletak di antara dua kampung.

"Tanya apa?"

"Haritu, aku ada nampak seorang perempuan pakai burqa. Siapa tu?" Usop, Wahid dan Bakar memandang antara satu sama lain.

"Mana kau jumpa perempuan tu?" Soal Wahid.

"Aku terserempak dengan dia semasa bersiar-siar kat tepi pantai. Waktu tu dia tengah mengaji. Aku tegurlah, tapi dia buat-buat bodoh saja. Sombong." Balas Afeef. Dia menambah sedikit perasa dalam ayatnya tadi supaya nampak sedap.

"Oh...itu Sumayyah. Anak ustaz Azzam, tok guru silat dekat kampung ni. Orang tua tu ajar adik aku silat. Sumayyah tu dia tak sombong cuma suka bersendirian saja."

"Dia takde kawan ke?"

"Ada saja tapi dia lebih rapat dengan Mawar, sepupu dia. Kalau pergi mana-mana diorang akan bersama sebab Sumayyah tu tak boleh tengok dunia." Jawab Usop sebelum menghirup kopi panasnya.

"Dia buta?" Afeef terlihat terkejut. Mana taknya, haritu dia nampak Sumayyah pegang telefon. Orang buta mana boleh nampak apa-apa.

"Haah. Dia dilahirkan tanpa kelopak mata. Bibir dia pulak sumbing. Sebabtu dia pakai burqa." Terkejut Afeef mendengar penjelasan Usop. Jadi, betullah tekaannya yang Sumayyah tiada mata. Dia fikir dia sudah rabun.

"Umur dia dah 25 tahun tapi takde lelaki yang nakkan dia sebab dia cacat. Dia nak kerja pun takde orang nak ambik sebab menyusahkan. Tapi, Sumayyah tu pandai. Orang putih kata, genius!" Celah Bakar.

"Habistu, dia tak kerjalah?"

"Tak. Bapak dia cakap dia rajin hafaz Al-Quran sebab benda lain dia tak boleh nak buat. Hari-hari terperap saja dalam bilik tu. Bila keluar dia selalu pegang telefon sebab dia taknak orang tahu yang dia tu buta tapi sebaliknya satu kampung dah tahu cuma diamkan diri saja."

"Takde sesiapa berani buli si Sumayyah tu. Kalau kau nak leher kau tercabut dari badan, cubalah. Ustaz Azzam tu memang bengang kalau orang buli anak dia tu. Sensitif!" Penjelasan dari mereka bertiga membuatkan Afeef lebih faham.

Kesian Sumayyah dilahirkan begitu tapi dia mempunyai kelebihan yang tinggi iaitu menghafaz Al-Quran dengan baik meskipun buta sedangkan dia? Normal dan tiada cacat cela tapi sentiasa bergelumang dengan dosa. Dirinya terasa kerdil jika mahu dibandingkan dengan wanita itu.

Afeef melihat jam ditangan. Sudah masuk pukul 2.30 pagi. Lebih baik dia pulang sekarang. Kalau abah tahu dia melepak sampai 3, 4 pagi mahu tak berleter orang tua tu?

"Aku gerak dulu, ada masa kita jumpa lagi."

"Okay, bye! Jangan lupa bawak aku naik kereta BMW kau tu, aku tak pernah naik kereta mewah!" Sempat Wahid bergurau. Afeef hanya tertawa. Memanglah tak pernah naik kalau kerja korang 24 jam melepak saja buat benda tak berfaedah. Cuba tukar angin?

###

AFEEF melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Kelihatan adiknya, Nuha sedang duduk di ruang tamu dengan timbunan kertas assignment. Jari-jemarinya ligat bermain di papan kekunci.

Afeef melabuhkan punggung di sofa berdekatan si adik. Tubuh disandarkan ke belakang seraya menghelakan nafas lelah.

"Abah dengan mak mana, dik?"

"Cuba tengok jam. Agak-agak diorang tengah buat apa? Menoreh getah?" Soalan dibalas soalan. Nuha langsung tak mengangkat muka memandang si abang. Afeef mengetap bibir. Aku tanya elok-elokkan? Memang adik-adik sekarang makin besar makin hilang hormat dengan abang atau kakak diorang ke? Dulu, dengar cakap sekarang tahu melawan saja.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now