LISA!05

3K 106 12
                                    

"APA yang ada dalam kepala kau sampai kau bertindak terburu-buru macam ni?" Soal Arif, memandang abang tirinya yang tiba-tiba tersenyum. Dia mengerutkan dahi. Apa yang lawak dengan soalan dia? Kena tangkap basah, kena marah dengan umi pun boleh senyum lagi?

"Aku terpaksa. Kalau cara ni aje yang boleh buatkan Inara jadi milik aku, aku sanggup."

"Sampai sanggup malukan umi dengan papa depan family dia? Along, banyak lagi perempuan dekat luar sana yang tergila-gilakan kau. Kenapa hak orang jugak kau nak?" Arif bersuara kesal.

"Selagi dia masih tak dihalalkan oleh mana-mana lelaki, selagi tu dia bukan hak orang. Faham?"

"Habistu, apa yang kau buat ni bagus ke? Kau fikir aku tak tahu yang kau sengaja nak buat diri kau kena tangkap basah dengan perempuan tu? Look, aku kenal perangai kau macam mana tapi aku tak pernah terfikir yang kau akan buat kerja segila ni."

"Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk halalkan dia walaupun dengan cara yang haram. Kau cakap kau kenal aku kan? So, kau mesti tahu yang aku sanggup buat apa aje untuk dapatkan apa yang aku nak. And untuk pengetahuan kau, dia hampir kahwin dengan lelaki lain. Jadi, nak elakkan perkara tu terjadi aku terpaksa buat kerja drastik ni–"

"Wait! Kau belajar dekat luar negara kan, along? Macam mana kau tahu dia dah nak kahwin? Kau rampas tunang orang?!"

Khalif tergelak kecil. Dia menggelengkan kepala sebelum berpaling ke arah Arif.

"Siapa cakap dia tunang orang? Dia tak pernah bertunang sebab lelaki tu tak mampu. Aku sayangkan Inara. Aku cintakan dia. Aku tak boleh tengok dia hidup susah dengan lelaki yang takde tujuan hidup. Maybe, kata-kata aku ni sedikit kesat tapi ni realiti. Perempuan mana aje yang akan bertahan dengan lelaki macamtu? Yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Aku ni memanglah belajar oversea, tapi semua maklumat pasal diorang ada dalam poket seluar aku. Kahwin express? Yup, memang aku dengan dia akan kahwin dalam minggu ni tapi kau jangan risau...aku akan tetap ikut adat Melayu kita."

Terang Khalif panjang lebar. Kedua-dua kening Arif semakin berkerut pelik. Apa yang abang tiri dia ni cuba sampaikan?

"Pasal umi tu janganlah risau. Dia panas sekejap aje. Esok eloklah tu. Dahlah, aku masuk tidur dulu. Dah ngantuk. Good night!" Khalif menguap di depan Arif sebelum berlalu masuk ke dalam rumah semula. Dalam diam, dia senyum puas.

Finally, si gadis pujaan hati akan jadi milik aku buat selamanya!

Kau memang terbaiklah, Khalif Zafran!

###

"Khalif, kamu kena kahwin harini kan?" Khalif yang baru tiba di meja makan merenung uminya yang tiba-tiba menyoalnya. Dah lah dia belum beri salam, duduk dekat kerusi pun belum dah ditanya pasal kahwin.

"Umi memang nak Khalif kahwin harini ke? Tak sabar nak dapat menantu?" Khalif tersenyum sinis tatkala mendapat renungan tajam dari Puan Elina. Megat Wathiq memandang Khalif sambil menggelengkan kepala.

Mana taknya umi kau ni jadi singa betina? Kata nak bincang elok-elok tapi ni dah boleh timbulkan pergaduhan, tahu tak?

"Umi, proses kahwin ni leceh. Biar Khalif settlekan denda dulu dengan mahkamah lepastu settlekan kursus kahwin pulak. Umi...sayangkan Khalif?" Khalif bertanya dengan nada yang lembut. Puan Elina diam tak menjawab.

Khalif bangun dari kerusi lalu berjalan ke belakang umi yang sedari tadi diam tak mahu membuka mulut. Dia tahu kata-kata dia tadi mengguris hati umi tapi umi kena faham diri dia jugak. Dia perlukan sokongan umi, dia perlukan restu umi dan papa.

"Umi..." tubuh umi dipeluk dari belakang. Khalif mendaratkan dagunya di atas bahu kanan umi membuatkan umi menghela nafas kecil.

"Mestilah umi sayangkan Khalif. Umi cuma kecewa dengan perangai kamu yang suka bertindak terburu-buru dan pentingkan diri. Umi taknak jiran-jiran pandang serong pada keluarga kita. Apa kata diorang nanti?"

"Umi janganlah risau. Sebelum kita balik semalam, Khalif dah bagitahu Imam Tarique yang Khalif nak datang jumpa dia harini. Khalif takkan kahwin dengan Inara harini. Khalif akan kahwin ikut adat cuma tarikh saja akan dipercepatkan. Khalif...nak mintak tolong umi boleh?"

Pinta Khalif. Umi dan papa memandang antara satu sama lain, menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu. Arif pulak? Dia dah bla dari rumah 30 minit yang lalu. Katanya, ada kelas pagi.

"Nak umi tolong apa?"

"Umi siapkan hantaran untuk Khalif? Umi jangan risau, Dalisha Inara akan jadi menantu yang baik untuk umi dan papa. Khalif takkan paksa umi untuk terima Inara. Umi ambiklah masa untuk terima dia. InsyaAllah, dia takkan hampakan umi. Kalau umi mudahkan urusan Khalif, nanti mesti Allah akan mudahkan urusan umi..."

Dia ni takdelah pandai sangat kalau bab memujuk, tapi dia cuba jugak sehingga hati umi terpujuk. Dia kenal umi dia macam mana. Umi memang mudah melenting tapi dalam masa yang sama umi mudah terpujuk kalau kena dengan cara.

"Hmm..yelah nanti umi settlekan. Habistu, kamu nak pergi jumpa Imam Tarique lah ni?" Khalif mengangguk.

"Haah. Lepas makan Khalif geraklah." Jawabnya sebelum kembali duduk di meja makan dan mula menikmati mi goreng yang dimasak oleh umi.

Setelah selesai makan, Khalif bangun dari kerusi dan menyalam tangan kedua-dua orang tuanya.

"Khalif gerak dulu, ya? Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Balas Megat Wathiq dan Puan Elina serentak. Khalif menarik senyuman manis kepada mereka sebelum dia berjalan keluar dari ruang makan.

"Khalif tu dah besar, Elina... Janganlah kita halang apa yang dia nak buat. Setiap tindakan pasti ada sebab. Takkan awak tak kenal anak kita tu macam mana..."

"Awak nak cakap yang Khalif sengaja buat dia kena tangkap basah?" Soal Puan Elina tak puas hati. Dia tak pernah halang apa yang Khalif lakukan tapi takkanlah apa yang jadi semalam pun adalah satu perkara yang dirancang?

Tak mungkin Khalif akan buat benda terkutuk macam tu!

"Saya tak cakap apa-apa pun cuma tengok diri dia yang rela hati nak kahwin dengan perempuan tu...mesti ada something yang terjadi. Takpelah, dia pun cakap dia akan settlekan semuanya sendiri termasuk pergi kursus kahwin macam pasangan-pasangan lain nak berkahwinkan? Dia dah dewasa, Elina. Kita sebagai ibu bapa sokong ajelah apa yang dia buat. Lagipun, Inara tu pun sampai menangis bagitahu yang diorang tak buat apa-apa."

"Tu semua lakonan semata-mata!"

"Awak jangan salahkan Inara seorang dan backup Khalif sebab dia tu anak kita. Ingat, Khalif pernah cakap yang dia berpegang pada prinsip hidup dia. What he wants, he will get it no matter what happens. Yang beriya cakap diorang tak buat apa-apa ialah Inara. Yang hanya diam biarkan keadaan masih dalam salah faham ialah Khalif. Awak sendiri dengar dari mulut Khalif yang dia memang nak sangat kahwin dengan Inara..."

Terang Megat Wathiq panjang lebar. Sejak semalam lagi dia dah dapat hidu apa yang ada dalam fikiran Khalif. Dia lelaki jadi mestilah dia tahu perasaan lelaki.

"Kejap lagi awak pergilah bersiap, belikan barang-barang untuk dijadikan hantaran hari nikah Khalif nanti. Yang lain, biar dia settlekan sendiri. Sebagai umi, mesti awak nak yang terbaik untuk Khalif kan?" Puan Elina menghela nafas kecil sebelum mengangguk lemah.

Nak taknak terpaksalah dia buat apa yang suaminya itu suruh meskipun hatinya masih tak rela dengan apa yang sudah terjadi. Nasi pun dah jadi bubur.

Apa lagi yang dia boleh buat kalau Khalif dah memang gila bayang nak berkahwin dengan perempuan itu?

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now