LISA!07

2.9K 86 16
                                    

DENDA? Selesai.

Kursus kahwin? Selesai.

Makan tengah hari? Selesai jugak.

Dan...beli baju pengantin? Selesai!

Aku mematahkan jari-jemari tangan kanan dan kiri aku. Kemudian, pelipis kepala aku yang mulai berdenyut aku picit. Jam tangan ditilik. Dah masuk pukul lima petang. Aku menjenguk ke luar tingkap mencari kelibat Khalif di surau lelaki. Tiada.

Lamanya dia solat? Penat aku tunggu dalam kereta ni. Aku nak balik cepat! Badan berpeluh, kepala rasa berat, aku cuma nak bantal dengan tilam aje. Aku taknak benda lain.

Takkan ada yang tertanya kenapa aku duduk aje dalam kereta? Tak solat? Dah banyak sangat ke amalan aku sampai taknak solat?

Hello? Untuk pengetahuan semua, aku cuti. C. U. T. I. Lepas solat Subuh tadi, aku rasa ada something yang mengalir dalam seluar dalam aku. So, aku apa lagi? Terus larilah masuk bilik air! Rupa-rupanya, darah keluar... Nasib baik tak bocor kena telekung aku, kalau tak satu hal pulak aku nak sental sampai bersih.

Tup!

"Lama tunggu?" Tanya Khalif menoleh ke arah aku. Aku menggelengkan kepala. Takdelah lama sangat, sepuluh minit aje...

"Nak pergi beli pad tak?" Soalannya buatkan bibir aku terjungkit. Hish, dia ni...ada ke tanya soalan macamtu?!

"Buat apa beli? Aku dah standby padlah kat rumah. Aku cuma nak balik aje sekarang ni. Hantar aku balik! Aku nak rehat."

"Sekarang dah petang, angin pun kuat. Kita lepak dekat tasik sambil makan ais krim, nak? Lepastu saya hantar awak balik. Yes or yes?"

"Aku pilih 'or'" Khalif tergelak mendengar jawapan aku. Aku mengeluh kecil. Aku tak tahulah tang mana yang lawak. Aku cakap aku nak balik, kau ajak aku makan ais krim dekat tepi tasik.

Kau tahu tak yang aku ni ada assignment dan revisions nak kena buat? Kau fikir aku ni budak-budak spm yang kau ajar dekat sekolah menengah? Setakat soalan-soalan fizik spm, celah gigi ajelah aku boleh jawab! Kalau aku masih budak sekolah, boleh lagi aku rileks-rileks teman kau makan ais krim.

Tapi, masalahnya aku ni mahasiswi! Budak universiti tahu tak? Kalau assignments tak siap, sapp! Kena potong markah. Kalau exam tak dapat jawab, sapp! Jangan mimpilah dapat pointer bagus!

"Okay, dah sampai."

"Dah sampai?" Banyak sangat ke aku membebel sampai tak perasan yang kami dah sampai? Aku membaca papan tanda yang terpacak beberapa meter dari tempat Khalif memarkir kereta.

TAMAN TASIK KOTA KEMUNING

"Jom." Ajak Khalif sebelum keluar dari kereta diikuti aku. Kereta dikunci sebelum kami membuka langkah ke arah satu gerai menjual ais krim di tepi tasik.

"Biar aku bayar." Cepat aku tolak bila Khalif keluarkan dompetnya dari poket seluar slack yang dipakai.

"Tak payah. Kan saya cakap awak tak payah keluarkan duit harini–"

"Aku cakap aku nak bayar aku nak bayarlah! Tak faham bahasa Melayu ke?! Apa? Kau fikir aku ni miskin sangat sampai takde duit nak beli ais krim?!"

Ha! Kan aku dah marah. Aku dah cakap, jangan buat aku marah. Aku tengah takde mood ni! Aku nak beli ais krim guna duit aku, salah ke?! Aku bukan perempuan kaki kikislah!

Penjual ais krim itu memandang Khalif kemudian pandang aku lepastu pandang Khalif balik. Aku menjegilkan mata ke arahnya. Apa? Kau tak pernah tengok orang gaduh?!

Not merah bernilai RM10 dikeluarkan lalu dihulurkan kepada lelaki penjual ais krim tersebut.

"Tak payah pulangkan baki, anggap aje aku sedekah." Kataku sebelum mengambil satu kon ais krim ditangannya. Satu lagi dia berikan pada Khalif. Khalif ucapkan terima kasih dalam masa yang sama dia meminta maaf bagi pihak aku.

LECTURER ITU SUAMI AKU!On viuen les histories. Descobreix ara