LISA!46

1.3K 53 14
                                    

"BUDAK lelaki tu, awak?!" Mulut aku melopong. Selepas aku mendengar cerita Khalif, baru memori ingatanku terhadap dia kembali.

Khalif menganggukkan kepala. Lantas aku turun daripada katil dan berlari keluar daripada bilik.

"Sayang nak pergi mana?!" Jeritan Khalif aku abaikan. Bilik belajar aku, aku tuju dan masuk ke dalam. Aku memandang sekeliling mencari sebuah kotak yang menyimpan barang-barang lama.

Jumpa!

Dua kotak berwarna coklat aku turunkan ke atas lantai lalu satu kotak berwarna putih aku tarik keluar. Habuk yang berada di atasnya aku gosok menggunakan tangan. Senyuman lebar terukir di bibirku.

Aku mengangkat kotak putih itu keluar daripada bilik belajar aku dan kembali semula ke bilik tidur utama. Khalif menutup telefonnya dan kembali fokus kepada aku.

"Kotak apa tu?" Soalnya dengan kerutan di dahi. Aku meletakkan kotak putih tersebut di atas katil sebelum penutupnya dibuka. Satu balang kaca berisi ratusan bintang kertas dikeluarkan lalu ditunjukkan kepada Khalif.

"Tadaa!!" Khalif mengambil balang kacang itu daripada tangan aku dan membeleknya. Dia tersenyum kecil.

"Sayang masih simpan?" Kepala dianggukkan.

"Mestilah, takkan saya nak buang? Barang ni barang paling berharga buat saya..." Balasku dengan senyuman manis buat Khalif. Khalif membalas senyuman aku. Dia diam seketika sebelum ingatannya tentang balang ini kembali. Agak-agak Inara tahu tak apa ada dalam balang ni?

"Sayang ada bukak tak balang ni?"

"Bukak. Tapi, saya tak keluarkan semua. Sekadar tengok-tengok saja. Kenapa?"

"Dalam ni ada mysterious box. Sayang tak pernah jumpakah?" Aku menggeleng. Penutup balang dibuka oleh Khalif kemudian dia mengeluarkan ratusan bintang buatan mereka ke atas katil. Cantik dan berwarna-warni.

Ketika balang itu diterbalikkan dan mengeluarkan semua bintang kertas, terdapat satu kotak kecil berwarna coklat. Khalif mengambil kotak itu lalu diberikan pada aku.

"Kotak apa ni?"

"Entahlah. Abang ingat-ingat lupa." Ujar Khalif sambil tersenyum kepada aku. Wajarlah kalau dia lupa. Lagipun, balang ini sudah berapa belas tahun aku simpan cuma tak dikeluarkan saja isinya.

Kotak kecil itu dibuka. Terlihat ada sebentuk cincin silver, gelang getah barcorak gabungan warna merah dan putih dan sehelai kertas kecil. Aku membelek cincin itu. Tengok saja aku dah tahu tak muat kerana saiznya yang kecil. Nampak low-class. Mesti cincin tikam-tikam.

Kemudian, aku mengeluarkan gelang getah itu pula. Cantik. Tak besar tak kecil, ngam-ngam dengan pergelangan tangan aku.

Sehelai kertas kecil aku ambil dan membuka lipatannya. Ayat yang tertera pada kertas tersebut dibaca.

'Saya suka awak. Jumpa di pelamin hehe!'

Aku tergelak. So clichés! Tapi aku kagum, meskipun Khalif masih kanak-kanak ketika itu namun dia mempunyai tulisan yang cantik.

"Awak ni fortune-teller ke? Macam tahu-tahu saja kita kahwin?" Khalif tergelak kecil. Tangan aku dicapai lalu digenggamnya erat.

"Kan abang dah cakap, hanya nama sayang saja yang tersemat dalam hati abang? Tak pernah terlintas dalam kepala abang untuk beristerikan perempuan lain selain sayang..."

"Tiara? Takkan abang tak pernah langsung ada niat nak kahwin dengan dia? Cantik, sopan santun, lembut, beradab?"

"Nope. Abang anggap dia sebagai sahabat saja. Tak pernah lebih dari itu."

LECTURER ITU SUAMI AKU!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن