LISA!06

2.9K 96 12
                                    

"JADI, bilanya nak langsungkan pernikahan tu?" Soal Imam Tarique kepada Khalif. Hajah Raudha hanya diam membiarkan suaminya berbincang dengan bakal menantu mereka itu. Sesekali, kepalanya dijengukkan pada pintu bilik anak daranya yang masih tertutup.

Dah bersiap ke tidak budak tu?

"InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan, mungkin hari Ahad, imam. Lagipun, saya nak settlekan denda dengan mahkamah dulu lepastu daftar sijil kursus kahwin. Saya pun dah mintak tolong umi untuk siapkan hantaran dan apa-apa yang patut."

"Hari bersanding? Nak buat sekali?" Khalif diam seketika sebelum menggelengkan kepala.

"Buat masa ni saya nak fokuskan hari pernikahan dulu. Saya fikir hari bersanding tu sesuai dilakukan lepas Inara graduate nanti. Tak silap saya beberapa minggu dari sekarang dia ada exam, jadi biarlah dia fokus belajar dulu." Imam Tarique mengangguk faham. Pandai jugak bakal menantunya yang seorang ini bahagikan masa.

"Aku lupa nak tanya. Kau tinggal dekat mana?"

"Saya tinggal dekat KL, imam. Balik sini pun sebab nak melawat kubur arwah Nek Leha. Dia meninggal masa saya dekat luar negara. Ingatkan balik nak jumpa dia, tahu-tahu dia dah meninggal..." Jawapan Khalif membuatkan Imam Tarique dan isterinya memandang antara satu sama lain. Ucapan takziah diucapkan kepada Khalif.

"Nek Leha tu rapat jugak dengan mak, kadang-kadang balik pasar jumpa dia sekejap tengah menyapu depan rumah takpun mengelamun teringatkan cucu dia. Banyak dia cerita pasal kamu. Dia kata dia rindu kamu sangat-sangat... Kadang-kadang ada juga ternampak mak kamu balik sini tapi balik harilah sebab sibuk memanjang."

Khalif menunduk, sedikit sebak mendengar kata-kata Hajah Raudha. Namun, dia kuatkan hati untuk tidak lemah. Kalau nak dibandingkan antara neneknya dan umi, dia lebih rapat dengan nenek sebab nenek seorang aje yang faham perasaan dia. Selalu dengar luahan hati dia. Dia bukan tak rapat dengan umi tapi dia lebih memilih untuk memendam jika ada masalah kerana tak mahu umi risau.

Aku melangkah keluar dari bilik setelah selesai bersiap. Aku nampak mak abah dengan Khalif tengah berbual dekat ruang tamu. Aku berdecit kecil. Tengah ambik hati bakal mertua dialah tu!

"Mak...abah...borak apa tu?" Tegur aku membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling memandang aku. Aku nampak melalui ekor mata Khalif tengah tenung aku macam nak tembus.

Apahal kau pandang aku macamtu? Tak pernah tengok perempuan pakai tudung? Belum kahwin lagi dah tunjuk perangai!

Dasar jantan tak guna! Sebab kau, aku dengan Danish putus!

"Takde apa. Borak pasal kamulah. Ha, kan elok bertudung, pakai baju kurung ni. Ini tak, tayang aje aurat rambut tu dekat orang! Sukalah tu tengok abah masuk neraka!"

Aku merengus kecil. Ada aje perkara yang suka buatkan aku sentap! Nanti aku dah ready, aku pakailah tudung! Janganlah paksa-paksa lepastu kaitkan pasal neraka!

"Imam, Hajah...kitorang gerak dulu eh?" Khalif bangun dari sofa lalu menyalam tangan Imam Tarique. Taknaklah dia duduk lama-lama macam ni, kalau tak dihentikan memang sampai kemalamlah perkara ni berlanjutan.

Aku turut menyalam tangan abah dan mak sebelum membuntuti langkah Khalif keluar dari rumah. Kami masuk ke dalam perut kereta setelah enjin dipanaskan. Hon ditekan sekali sebelum kereta yang dipandu lelaki itu bergerak keluar dari perkarangan rumah mak dan abah.

"Nah." Aku hulurkan satu sampul surat berisi duit kepada Khalif.

"Apa tu?"

"Nasi tangas. Dah tahu tanya lagi buat apa? Duitlah!" Marahku. Aku ingatkan dia akan terus diam tapi rupa-rupanya dia boleh gelak pulak!

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now