LISA!27

2.3K 64 3
                                    

"MAK!" Jelita menyeru nama ibunya yang tak kelihatan di mana-mana. Dia berjalan menuju ke arah dapur dan terlihat pintu dapur terbuka luas.

"Mak, nak Jelita tolong?" "MAK!" Jelita menyeru nama ibunya yang tak kelihatan di mana-mana. Dia berjalan menuju ke arah dapur dan terlihat pintu dapur terbuka luas.

"Mak, nak Jelita tolong?" soal Jelita seraya melabuhkan punggung di tangga. Laila menggelengkan kepala. Haih budak bertuah ni, dah siap baru nak tunjuk muka? Ingatkan dah tak bernyawa lagi dalam bilik tu.

"Tak payahlah. Dah siap dah pun." Jelita tersengih.

"Banyak buat kuih harini. Ada orang tempah ke?"

"Haah. Cikgu Azura suruh mak buat lebih. Dia nak beli untuk murid-murid dia yang nak pergi rombongan esok." Jawab Laila. Cikgu Azura tu ialah guru besar sekolah yang terletak berdekatan dengan rumahnya.

Setiap pagi, Laila akan buka gerai menjual kuih-muih, nasi lemak dan mee goreng di depan sekolah itu. Memandangkan jalan disitu sibuk, maka ramai pelanggan yang datang ke gerainya untuk membeli sarapan. Alhamdulillah, jualannya sentiasa habis setiap hari.

"Jelita, tolong angkat bekas-bekas ni letak atas meja makan." Pinta Laila. Tanpa membuang masa, lantas Jelita bangun dan mengangkat bekas-bekas tersebut lalu diletakkan di atas meja makan. Kemudian, dia membantu ibunya mengemas kawasan dapur luar sehingga bersih.

"Jelita dah makan?"

"Dah. Sedap mak masak. Dua kali tau Jelita tambah nasi!" pujinya membuatkan Laila tersenyum. Ada-ada saja budak ni. Kalau aku masak batu dengan kayu pun dipujinya sedap.

"Mak..." panggil Jelita lembut. Dia melabuhkan punggung disisi ibunya. Kaki Laila yang melunjur disapukan minyak angin kemudian diurut-urut supaya rasa lenguh di kaki dapat dikurangkan.

"Boleh Jelita tanya sesuatu tak?"

"Kamu ni kenapa, Jelita? Selama ni kalau bertanya takde pulak mintak izin. Kenapa tiba-tiba saja ni?"

"Takut soalan yang Jelita nak tanya ni mak akan marah..." Laila menggeleng. Ubun-ubun anak tunggalnya diusap.

"Kamu nak tanya apa?"

"Ayah handsome tak?" Laila diam seketika. Senyuman nipis terukir dibibirnya.

"Kalau Jelita pun dah cantik macamni, mestilah ayah Jelita handsome. Cuba tengok ni..." Dua keping gambar dikeluarkan Laila dari dalam satu beg kemudian dihulurkan kepada Jelita. Satu gambar Hanif dan satu lagi gambarnya bersama lelaki itu.

Jika lihat dengan mata kasar, orang akan menganggap senyuman mereka berdua ikhlas seperti pasangan bahagia. Sebaliknya, hanya dia saja yang tahu betapa palsunya senyuman tersebut.

Hanif, lelaki itu langsung tidak boleh dijangka. Sekejap happy, sekejap baran, sekejap sedih. Macam lelaki psiko. Tapi seteruk-teruk Hanif, Laila tetap sayangkan lelaki itu meskipun dia selalu didera mental dan fizikal sepanjang mereka berdua hidup bersama.

"Erm...mak, betul ke ayah dah meninggal?" Laila menatap wajah Jelita, lama. Tangan anak tunggalnya itu ditarik lalu diusapnya. Kasar. Anak yang sepatutnya menerima pendidikan yang lebih tinggi memilih untuk berada disisinya. Jelita seorang yang pandai tapi disebabkan atas masalah kewangan, dia memilih untuk berhenti sekolah pada umur 15 tahun semata-mata mahu membantunya menyara kehidupan.

Sejak remaja lagi, Jelita tak pernah kenal erti mengeluh. Sementara wanita-wanita di luar sana menjalani kehidupan mewah tanpa memikirkan masalah kewangan, dia pula sentiasa bekerja keras dan seorang yang pandai berdikari. Jikalau kehidupan mereka juga begitu, dia akan memastikan Jelita menerima pendidikan yang cukup, kehidupan yang serba boleh dan juga membawanya keluar berjalan-jalan di bandar.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now