LISA!13

2.6K 84 15
                                    

"SHAHEIZY SAMM?!!?" Terbeliak biji mata Mel macam nak tersembur keluar lepas aku bagitahu dia aku tumpang kereta pelakon hotzz tu pagi tadi sebab tak tahu jalan nak ke kelas. Aku mengangguk laju.

"Aku tak tipu duh! Sumpah! Memang pagi tadi aku barai nak mampus! Seumur hidup aku, inilah first time macam-macam terjadi pada aku dalam masa berturut-turut, tahu tak? Dahlah aku terserempak dengan crush aku dalam keadaan macam ni! Selipar sebelah lain sebelah lain pulak tu! Malu aku tujuh keturunan tahu tak?!"

"Habistu, kau dapat tangkap dengan dia tak?" Aku mengemam bibir seraya menggelengkan kepala. Aku kejarkan presentation harini, mana sempat nak ber-fangirling bagai! Tapi, aku macam tak percaya aku dapat jumpa Shaheizy Sam depan mata aku sendiri! Siap tumpang kereta dia lagi! ARGGGHHHH!

Aku minat dia dari zaman aku hingusan lagi tau?

Sekarang dah cantik pun masih minat dia dan sampai bila-bila pun dia akan jadi crush kegilaan aku! Haritu aku pergi tengok wayang cerita polis evo 3 dengan Mel, guess what?

Aku terjerit dalam panggung wayang waktu scene mamat encem tu tengah basuh kereta! Kuyu pun kuyulah asalkan senyumannya manis bak penyu–

Eh?

"Entah-entah dia tu jiran kau tak? Kau tak pernah tanya laki kau ke dia tinggal dekat mana?" Soal Mel ingin tahu. Tanpa dia sedar, ada beberapa pasang mata beralih memandang kami tatkala terdengar perkataan 'laki' terpacul keluar dari mulut tempayan minah ni.

"Shh!!" Terus aku tepuk peha dia untuk tak bocorkan rahsia. Kan aku dah cakap, aku taknak sesiapa tahu yang aku dah kahwin! Mel tutup mulut. Ha! Baru nak sedar diri tu dah terlepas cakap?

Sedang aku dan Mel rancak berborak di belakang, tiba-tiba suasana dalam kelas menjadi sunyi sepi serta-merta. Apahal semua diam ni? Ada malaikat lalu ke?

Tak sampai seminit selepas kelas menyepi, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tapak kasut berlaga dengan permukaan lantai dan membuka pintu kelas aku. Satu figura lelaki berbadan tegap, berkemeja putih bersama tie hitam kemudiannya melangkah masuk ke dalam kelas aku dengan penuh berkarisma.

Budak-budak lain apa lagi? Terus jadi histerialah lepas tengok muka asing ni masuk ke kelas kami. Yang tidur, terus segar mata. Yang tekun buat assignment, terus tak fokus!

Walaupun 95 peratus perempuan dalam kelas ni histeria tengok lelaki itu tapi tidak pada aku dan Mel. Kitorang terdiam tak terkata. Badan kitorang kaku. Jantung aku bagaikan terhenti buat seketika.

"Wei....kau nampak tak apa yang aku nampak? Atau mata aku tiba-tiba bermasalah harini?"

"Aku nampak apa yang kau nampak. Atau  memang mata kita yang betul-betul bermasalah?"

"Aku rasa aku kena pergi check-up lah lepas kelas. Takut ada 30 lenses berkumpul dalam mata aku..."

"Assalammualaikum and good morning, everyone?" Khalif Zafran. Sedang berdiri di depan kelas bersama senyuman yang manis. Rambut yang disikat rapi. Riak wajah penuh confident.

Khalif memandang semua wajah pelajarnya satu demi satu dan bila empat mata aku dengan dia berlaga...

Tiba-tiba!

Dia tersenyum sinis.

What the f**k is that?!?!

"My name is Dr. Khalif Zafran. You guys can call me Dr. Zafran. I am a new lecturer who will replace Dr. Lyla and I'm a former Oxford University student majoring in physics. I'm here to teach you all about physics." Sepatah dua kata diberikan oleh Khalif sebagai pembuka bicara.

Bukan Khalif. Tapi, Dr. Khalif Zafran.

Perempuan yang lain? Terus menggeletis macam ulat bulu! Eh, korang tak pernah nampak lelaki handsome ke? Jakun? Macam dalam dunia ni si Khalif seorang yang boleh buat ovari korang pecah.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now