LISA!30

2.1K 56 8
                                    

TERHINJUT bahu Puan Ainul dan Imran tatkala suara aku ternaik seoktaf. Aku tersengih sambil meminta maaf. Kemudian, aku kembali memandang Suhair yang leka menikmati manisan buatanku.

"Su nak jadi tukang angkat sampah?" Tanyaku kembali kepada budak kecil itu. Suhair memandang aku sebelum menganggukkan kepala.

"Kenapa?" Tanya Imran pula.

"Su nak jaga bumi supaya sentiaaaaasa bersih!" Suasana di meja makan menyepi. Lijah yang melihat suasana menjadi hening lantas menyampuk.

"Dulu, dekat kampung Su memang rajin kutip sampah-sampah yang boleh dikitar semula. Lepastu, dia jual. Setiap kali balik sekolah dia akan kutip dan jual sampah-sampah tu. Hobi katanya." Aku, Puan Ainul dan Imran yang mendengar penjelasan tersebut mengangguk faham.

Bibir aku tersungging senyuman manis buat Suhair. Kepala kanak-kanak itu aku usap seraya memuji perbuatan yang dia lakukan. Sangat mulia.

"Pandainya Su jaga alam sekitar. Teruskan dengan hobi tu tau? Hiraukan apa orang cakap kalau diorang pandang rendah pada Su."

"Good morning!!" Takde angin takde ribut, tiba-tiba aku nampak kedatangan Sara yang selamba saja masuk rumah orang tak beri salam. Aku berpaling memandangnya atas bawah. Fesyen apalah yang dia pakai ni? Jeans koyak-koyak, baju saiz budak-budak. Kalau pusat tu bersih takpe jugak, ini tak. Pusat hitam.

Confident dia beli dekat mana, ya? Aku rasa nak beli jugaklah.

"Good morning, Sara. Ada apa datang pagi-pagi ni?" Sambut Puan Ainul dengan senyuman manis.

"Saja. Bosanlah duduk rumah. You guys tengah makan apa? Kenapa tak ajak I sekali?"

"Buat apa nak ajak kau, tetamu tak diundang?" Sara memandang aku terkejut. Baru perasan aku duduk dekat sini agaknya. Aku kan duduk membelakangi dia, sebabtulah dia tak nampak.

"Excuse me? I tetamu tak diundang? Ha. Ha. Ha. So funny! Ni rumah cousin I, sukahatilah I nak datang ke tak?! You tu menyemak dekat sini buat apa?"

"Sukahati akulah nak datang ke tak. Takde pulak aku nampak papan tanda dekat depan rumah yang tunjukkan tetamu dilarang masuk." Sara memandang aku kecik besar kecik besar saja. Silap oranglah kalau kau nak cari gaduh dengan aku. Kau fikir aku akan kalah?

"Whatever! You yang bawak desserts ni ke? Nampak sedap. I nak rasa sikit." Dengan tak tahu malunya Sara melabuhkan punggung disisi Imran dan mencapai sebekas sagu untuk dinikmati.

"Wait wait wait... Siapa budak-budak ni, aunty?" Soal Sara seraya jarinya ditujukan pada Aniq dan Suhair.

"Anak makcik Lijah. Pembantu rumah ni."

"What?! Euuwwww!!" Refleks Sara bangun dari kerusi dan memandang jijik kanak-kanak yang duduk di depannya. Aniq dan Suhair yang sedang makan terhenti melihat reaksi wanita tak cukup kain itu. Makcik Lijah turut terkejut.

"Why aunty biarkan diorang duduk dekat sini dengan kita? Tempat maid dekat dapur, bukan dekat sini. Hey, kids! Angkat foods korang makan dekat dapur, now! I taknak duduk semeja dengan dioranglah! Jijik tahu tak? So low class!"

Aku bersandar pada kerusi seraya memeluk tubuh. Pipi dalam aku tolak guna lidah. Melampau betul minah diva ni lah. Sengaja cari marah aku pagi-pagi macam ni! Aniq dan Suhair yang baru saja berdiri untuk ke dapur lantas aku tahan.

"Duduk saja sini. Jangan layan perempuan sihir tu. Dia jahat." Ucapku membuatkan mereka berdua tergelak. Sara tercengang. Puan Ainul yang mahu menghentikan perbalahan yang akan berlaku, terus ditahan Imran. Imran menggelengkan kepala yang membawa maksud 'biarkan saja'.

"You cakap apa?! I perempuan sihir?! Jangan sampai I cili mulut you yang jahat tu!" Aku tersenyum sinis sebelum berdiri di depan Sara.

"Kau nak cili mulut aku? Cililah. Nampak aku takut? Aku ni orang kampunglah. Setakat cili hijau dengan cili merah tu langsung tak bagi kesan pada aku. Kau tu dahlah tetamu tak diundang. Lepastu, buat rumah ni macam rumah kau sendiri pulak. Kau siapa nak arah-arahkan diorang makan dekat dapur? Kau tu yang patut berambus. For your information, semua desserts ni aku yang buat sendiri andddd kauuu! Aku tak halalkan walau sesudu yang masuk mulut kau. Faham?"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now