BAB 35

1.3K 115 17
                                    

SYED KHAIRUL berada di laman bumbung bangunan syarikat tika ini. 

"Arghhh!" Sekuat hati dia menjerit. Imaginasi kini menjadi realiti. Pernah banyak kali meragui Irsha Hani. Tidak menyangka bahawa keraguan itu menjadi kenyataan.

Terbungkam Syed Khairul.

Perasaan bercampur-baur. Patutkah dia gembira kerana sudah berjumpa semula dengan cinta pertamanya? Atau patutkah dia bersedih kerana tidak mengenal Sha ketika mereka bertemu kembali?

Kali ini Khairul betul-betul buntu. Darah di tangannya dibiarkan mengalir. Langsung tidak memikirkan tentang kesakitan. Fikirannya hanya tertumpu kepada hakikat yang baru sahaja dia terima. Langit petang dipandang sepi. Apa patut aku buat sekarang?

Hampir sejam juga Syed Khairul berada di laman ini. Langit petang mula berubah warna. Dia segera turun dari situ. Mahu segera pulang tetapi teringatkan pula kunci keretanya masih berada di dalam pejabat. Dia berpatah kembali. Sampai sahaja di pintu pejabat. Dia berhenti.

Lengang.

Mesti semua orang dah balik. Jam dikerling sekilas. Patutlah sudah jam 6.30. Office kembali dituju. Pintu dibuka perlahan. Tersentak dia. Lantai biliknya yang tadi dipenuhi dengan kaca sudah bersih. Siapa yang kemaskan bilik aku ni? Mungkin Suraya. Kunci kereta dicari di atas meja. Aku rasa aku letak dekat sini tadi.

Kedengaran saja pintu bilik diketuk. Khairul mengalih ke belakang. Terkejut dia melihat Irsha Hani di situ. Sha pula hanya tersenyum memandangnya. Aku dah agak dah dia pasti akan datang balik. Kunci kereta Khairul dipegangnya. Diayunkan di jari tirusnya. "Looking for this?" soal Sha.

Kaki Khairul melangkah ke arah Sha yang mengenggam barang miliknya. Tangan dihulurkan. Sha segera menyorok tangannya ke belakang. Khairul mengerutkan dahinya. "Siapa izinkan kau untuk ambil barang aku, Irsha Hani?" kata Khairul tegas.

Jangan main-main dengan aku, Sha. Aku tak kuat.

"Saya yang izinkan." jawab Sha spontan lalu berjalan melepasi Khairul. Dia duduk di sofa panjang milik Khairul. Syed Khairul kembali dipandang. Sofa di sebelah ditepuk perlahan. Menyuruh Khairul untuk duduk di sebelahnya.

Kaku Khairul sebentar. Apa motif Sha sebenarnya ni? Perlahan-lahan dia berjalan lalu duduk di sebelah Sha. Mata masih kekal memandang wanita itu.

"Your hand." ujar Sha. Tangan dihulurkan. Khairul senyap.

Sha mengeluh. "Give me your hand." balas Sha. Khairul memandang tangannya.

Oh, luka! Dia baru sedar tentang lukanya. Malas ingin menunggu Sha terus menarik lengan baju Khairul ke arahnya.

Tersentak Khairul dengan perbuatan Sha. Apa yang dia nak buat ni?

Sha mengeluarkan beberapa ubat dari plastik yang dia beli tadi. Kemudian, alkohol dituang sedikit di tempat luka. Khairul berdesis perlahan. Lengan baju Khairul dipegang lalu tempat luka itu ditiup perlahan. Sha dipandang tidak berkelip. Habis hilang rasa sakitnya.

Kapas dan iodin dicapai. Perlahan-lahan Sha merawat luka di tangan Khairul. Setelah itu, plaster diambil. "It's done!" ujar Sha. Khairul masih setia memandang Sha.

"Getting better?" Sha memandang Khairul. Mata berpaut seketika. Khairul terus melarikan pandangannya.

"Em, thanks!" jawabnya perlahan. Sha hanya tersenyum. Dia mengemas kembali ubat-ubat tersebut. Khairul memandang balutan di tangannya. Bibir menyimpan senyum.

"Don't you think that you are too mean to her?" soal Sha tiba-tiba.

"What do you mean by that?" dahi Khairul berkerut. Senyuman tadi terus hilang. Kini, pandangan tajam diberikan.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now