BAB 3

1.4K 76 2
                                    

SYED KHAIRUL masuk ke dalam ofis lewat tengah hari. Alamak! Lewat sangat dah ni. Ni sebab Eva la. Aduh!

Langkah dipercepatkan. Staf lain yang turut bekerja pada hujung minggu berbaris menunduk tanda hormat.

"Afternoon, Encik Khairul." sapa Suraya merangkap setiausaha Syed Khairul.

"Oh, Su. Semua dah sampai ka?" Khairul masuk ke dalam biliknya. Suraya juga mengikutinya.

"Ya, Encik Khairul. Mereka sampai dah hampir 15 minit." Suraya melihat jam tangannya untuk memberi anggaran masa yang tepat.

Syed Khairul mengeluh. Kot yang digantung di atas kerusi diambil lalu segera ke bilik mesyuarat. Dia memilih hujung minggu untuk mengadakan meeting kerana pada hari lain dia teramatlah sibuk.

Syed Putra Ehan Khairul menjadi Timbalan Pengarah Urusan Hakim Holdings di usia 23 tahun, iaitu sejurus setelah dia tamat pengajian dan selepas dia bertunang dengan Eva. Ketika itu, Syed Adam merupakan Pengarah Urusan dan waktu itu jugalah Syed Adam berpindah dan menetap di London, United Kingdom.

Oleh itu, Syed Khairul harus menggantikan tanggungjawab abangnya bagi menguruskan syarikat papanya walaupun dia masih tidak tahu apa apa. Terlalu banyak kerja yang dia perlu buat sehingga kekadang dia tiada masa untuk berehat.

Setelah bertahun-tahun, Syed Khairul sudah dapat biasakan diri dalam dunia perniagaan, kini dia mampu mengendalikannya sendiri. Cuma dirinya masih berasa tidak layak untuk mengambil tempat abangnya, Syed Putra Kaif Adam. Angah akan tunggu along!


KERETA MYVI berwarna oren berhenti tepat di hadapan rumah Sha. "Thank you, beb." ucap Sha. Indah mengangguk lalu meluncur pergi.

"Assalamualaikum, umi..walid. Sha dah ba..." Sha terbehenti seketika. Dia memandang kasut Nawal Jes berwarna kuning cair yang terletak di hadapan pintu rumah itu. Kasut ni...takkan??!

Pintu rumah terus dikuak laju.

"Umi...Sha nampak kasut..." dia mencarinya empunya kasut tersebut di merata rumah. Kemudian, dia terlihat kelibat susuk tubuh yang amat dikenalinya itu sedang membawa pinggan yang berisi nasi ke arah meja dapur. Sha senyum hingga ke telinga.

"Akak!" jerit Sha kuat.

Anis Athalia yang tengah menghidang makanan tengah hari memandang ke arah adik angkatnya itu. Dia tersenyum gembira.

Irsha Hani terus berlari mendapatkan kakak angkatnya itu. Tubuh Anis dipeluk erat sehingga dia tidak mampu untuk bergerak.

"Ya Allah, Sha!"

"Akak...bila balik? Kenapa tak call Sha? Sha rindu gila kat akak..." luah Sha teruja. Pelukannya diperkemaskan.

"Hmm, itulah. Bila Anis dah balik, budak tu tak pandang umi dah," Maznah keluar dari dapur. Air minuman didulang ke meja dapur.

Anis hanya gelak terhibur.

"Sudahlah Sha. Jom kita makan." ajak uminya. Malas nak melihat adegan melepaskan rindu mereka berdua tu.

"Akak..." panggil Sha sambil menggoyangkan tangan Anis. Kang tumpah lah nasi tu.

"Ye...akak pun rindu Sha. Sudah kita makan dulu ye?" pujuk Anis. Masakan dia tidak merindui adik angkatnya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu sejak Anis tinggal di Canada untuk menyambung pengajiannya.

Walaupun begitu, mereka tidak pernah sekalipun terputus hubungan. Sha selalu menghubungi Anis untuk bertanya khabar. Begitu juga dengan Anis yang menghubungi Sha pada setiap hujung minggu bila mereka mempunyai masa senggang bersama.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now