BAB 25

987 71 3
                                    

-Present-

DERINGAN telefon yang kuat menyedarkan Sha dari lamunan memori lapan tahun lalu. Istighfar disebut. Apa aku mengelamun ni tengah-tengah pagi ni?

Telefon dicari. Dua missed call? Ya Allah, jauh betul aku mengelamun sampaikan call umi pun aku tak angkat. Terbit rasa serba salah. Nombor telefon uminya didail semula.

"Assamualaikum, umi."

"Waalaikumussalam. Ha...angkat pun! Umi ni risaukan Sha tau. Dari tadi umi call Sha tak angkat. Umi ingat Sha ni duk tidur lagi. Buat malu ja kalau kamu tu still tidur lagi tahu?"

Sha tersenyum. "Ya Allah, umi. Sha dah lama bangun la. Dari subuh tadi lagi Sha mana ada tidur. Maaf Sha tak angkat call tadi. Tak perasan. Sha ada dekat luar ni," jelas Sha lembut.

"Kamu kat luar? Dengan siapa?" soal Maznah di hujung talian.

"Sorang ja. Sha minta Kak Anis tolong dropkan Sha dekat park depan apartment dia ni. Kak Anis ada hal sikit kat kolej. Abang Amir pergi kerja. Sha malas nak terperap dekat rumah. Tu yang keluar ambil angin sikit. Umi sihat?"

"Alhamdulillah, sihat.."

"Walid?"

"Sihat juga. Walid tak ada dekat rumah sekarang ni. Dia pergi tolong orang masjid hari ni. Katanya ada orang meninggal,"

"Innalillah. Umi ok ke duduk sorang-sorang ni?"

"Ok je. Kamu ni bila nak balik?" tanya Maznah serius.

"Umi...Sha baru sampai dua hari lepas. Takkan nak suruh balik dah. Nanti Sha balik la. Sha tahu umi rindukan anak kesayangan umi ni kan? Jangan risau, ok?"

"Umi bukannya rindukan kamu tapi tak nak kamu menyusahkan Anis ja. Duduk lama-lama dekat sana. Cepat sikit balik," balas uminya agak tegas. Sha langung tak terasa bila Maznah bagitahu yang dia tak rindukan anaknya itu. Kerana dia tahu uminya itu langsung tak maksudkannya.

"Baik, umi. Lagi tiga hari Sha balik ya? Umi jangan risau sangat," ujar Sha sopan.

"Hmm....ya la. Bahaya duduk sorang-sorang dekat luar ni. Balik la rumah,"

"Ok, umi. Sha dah nak balik ni. Sha letak dulu ya? Assalamualaikum." salam Sha disahut uminya. Telefon bimbitnya diletakkan semula di dalam beg tangannya. Keluh dilepaskan.

Ok, Sha! Jom kita lupakan soal ni. You can do it! Jari-jemari digenggam erat. Perlahan-lahan dia berjalan pulang. Hati sudah tekad untuk lupakan kejadian itu.

Ya! Kejadian pahit itu. Lapan tahun sudah berlalu sejak kejadian itu. Kejadian yang telah membenarkan seorang jejaka terpaut dalam hatinya. Memikirkannya sahaja sudah buatkan jantung Sha bedegup pantas. Ya Allah, bantulah aku lupakan semua ni.


MANA la perginya si Sha ni. Balik ja rumah tadi dia ada dalam bilik. Bila diajak makan. Tak nak pula. Haih.

Anis mencari Sha di biliknya. Kosong? Tak pula dekat bilik. Ruang tamu ditujunya. Kelihatan Azimah berada di dapur rumah. "Mak. Ada nampak Sha tak?"

"Sha? Rasanya dia ada dekat balkoni," kata Azimah sambil jarinya menunjuk ke arah balkoni rumah.

Langsir diselak. Dekat sini rupanya.

"Jauh termenung," ujar Anis di balik langsir. Sha tersentak. Kepala didongakkan. Duduknya diperbetulkan.

"Tak ada la. Mana ada termenung. Saja nak ambil angin," balas Sha tiada reaksi.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now