BAB 18

970 67 2
                                    

SYED KHAIRUL turun ke meja makan untuk sarapan pagi. Sha yang sedang menyusun makanan di atas meja dipandang. Lama.

"Dah turun?" tegur Syed Adam mematikan lamunan Syed Khairul. Kepala dianggukkan. mengangguk.

"Jom kita sarapan. Papa pagi-pagi lagi dah keluar." kata Syed Adam. Dia senyum kepada Sha yang sedang mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Papa pergi sorang ke?" soal Syed Khairul. Air kopi dihirup. Sedap! Perempuan ni ke yang buat?

"Tak la. Papa pergi sekali dengan Is dan Nadiim," jelas Adam.

Syed Khairul mengangguk. Patutla pagi ni senyap ja. Dah keluar rupanya.

"Angah, mama lupa nak tanya kamu semalam. Eva ada call kamu tak?" tanya Datin Faridah. Sha diajak sarapan sekali.

"Entah," jawab Syed Khairul sepatah. Bahu diangkat malas.

"Apa pula macam tu? Dia kata dia banyak kali call tapi angah yang tak angkat,"

"Sibuk ma. Mana ada masa nak melayan semua benda alah tu," balas Khairul perlahan.

"Ish, kamu ni! Cuba la bertolak ansur sikit. Kesian Eva tau," tegur mamanya. Dia begitu sukakan Eva untuk menjadi calon menantunya. Dia sudah lama mengenali Eva dan orang tuanya. Cuma, Khairul yang selalu tak ambil peduli.

"Angah macam mana dengan Eva? Dah lama along tak dengar khabar dia. Dia sihat?" tanya Syed Adam. Dia tahu yang Khairul sudah bertunang.

Syed Khairul tidak menjawab malah mengangkat bahunya tanda yang dia tidak tahu. "Angah, sekali sekala ambil la tahu pasal dia juga. Kesian Eva. Tak payah la terlalu fokus dengan kerja sangat. Lepas ni along dah boleh kerja. So, angah dah boleh nak fokus dekat Eva." nasihat Syed Adam.

Dia juga tahu yang disebabkan oleh beban kerja yang ditanggung. Khairul tidak selalu mengambil berat soal Eva. Adiknya itu jenis yang profesional dengan kerja yang diberi. Sebab itu di usia yang muda dia sudah boleh mengurus syarikat tanpa bimbingan alongnya. Kadang-kadang Eva ada la juga menelefonnya di sana. Dari situ dia boleh kenal dengan Eva.

Melihat Syed Khairul seperti tidak tertarik dengan perbualan itu. Syed Adam dan Datin Faridah berhenti bercakap soal Eva. Mereka semua terus sambung makan.

Eva? Siapa? Girlfriend dia ka? Bohong la kalau muka macam tu tak ada girlfriend. Getus Sha di dalam hati.

Muka macam mana yang kau maksudkan Sha? Muka hensem macam Syed Khairul ke?


SHA menunggu dengan sabar kepulangan Dato' Hakim dengan anaknya. Tak lama kemudian, deruman enjin kedengaran. Sha berlari ke luar rumah. Yessa! Makanan aku dah sampai.

Gembira melihat Syed Nadiim membawa dua biji buah durian dari bonet kereta. Tangan ditepuk berkali-kali. "Wah, banyaknya uncle beli!" kata Sha teruja. Dia memandang empat biji buah durian di atas meja dapur.

"Kebetulan ada. Ini durian kampung tau. Uncle beli khusus untuk Sha." ujar Hakim tersenyum.

"Thank you,uncle." ucap Sha.

"Dah..jom kita kupas. Nak kupas berapa biji ni?" tanya Syed Iskandar.

"Buka dua biji dulu la. Sha teringin nak makan durian crepe."

"Durian crepe? Elok la tu. Uncle pun dah lama teringin nak makan. Cuma tak ada siapa yang menjual dekat sini. Alang-alang Sha ada dekat sini, Sha tolong buat lebih sikit boleh?" pinta Hakim.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now