BAB 32

1.3K 103 15
                                    

SYED ADAM baring di atas katil. Mata dipejam lama. Tak lama kemudian, air mata menitis satu persatu. Hawa. Abang minta maaf, Hawa. Abang betul-betul minta maaf. Abang tak sepatutnya buat macam tu. Maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang terbaik buat awak, sayang.

Abang tahu apa yang abang buat sekarang ni adalah salah. Tapi abang tak tahu kenapa abang rasa selesa bila ada dengan dia, Hawa.

Hawa. Irsha Hani ada rupa awak, sayang. Sikapnya persis awak. Senyumnya. Tawanya. Abang boleh nampak awak dalam dia, Hawa. Maafkan abang. Abang tak sepatutnya...abang...

Syed Adam diam sebentar. Cuba menahan sebak di dada.

Abang tersuka dia, Hawa. Abang betul-betul minta maaf, Hawa. Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini kerana tak menepati janjinya. Ampunkan aku, Ya Allah.

Malam menjadi sepi. Hanya tangisan Syed Adam sahaja yang dapat didengari. Tangisan seorang jejaka yang rasa bersalah dengan janjinya.


NUR HAWA ADANI. Nama yang indah persis empunya badan. Dia melihat pregnancy test di tangannya. Ya Allah! Mulut ditekup dengan gembira. Air mata diseka. Adam mesti gembira dengar berita ni. Tak sabarnya nak bagitahu dia.

Hari ini akan jadi hari yang paling bermakna buat abang. Kerana tak lama lagi abang akan bergelar seorang ayah. Sentuhan make-up yang terakhir diberikan. Tipis sahaja solekan. Sudahpun tampak seri. Lagi-lagi seri ibu mengandung.

Syed Adam mengajaknya untuk makan malam di luar bagi meraikan hari jadi Adam. Tak sangka yang Hawa dapat memberi hadiah seperti ini untuk ulang tahun kelahiran suami tercinta.

Di dalam kereta Hawa mengusap-usap perutnya. Anak ibu. Tak lama lagi ayah akan tahu tentang kamu. Tersenyum kecil Hawa memikirkanya. Syed Adam tidak pula menyedari perbuatan isterinya. Adam berhentikan kereta ketika lampu isyarat berwarna merah. Apabila bertukar sahaja warna Syed Adam terus menekan pedalnya.

Tiba-tiba sebuah kereta SUV meluncur laju merempuh kereta yang dinaiki mereka berdua dari arah tepi. Hawa cedera parah manakala Syed Adam hanya cedera ringan sahaja. Ambulans tiba dengan segera setelah mendapat panggilan dari orang awam tentang kemalangan itu. Mereka terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semua ahli keluarga sudah pun berkumpul di ruang menunggu. Tersedar sahaja Syed Adam dari pengsannya. Dia segera mencari isterinya.

Kelihatan ahli keluarga Hawa berada di luar wad. Riak sedih tidak dapat disembunyi lagi. Teresak-esak ibu bapa mertuanya menangis. Adam mula rasa tak sedap hati.

Faridah dan Hakim datang mendekatinya. "Adam. Kamu pergi mana? Kamu tak habis lagi terima rawatan tu." ujar Faridah.

"Mama. Hawa mana ma?" soal Adam tak menghiraukan nasihat ibunya. Resah dia. Faridah memandang Hakim di sebelahnya. "Adam. Hawa dia..."

"Kenapa dengan Hawa ma? Ma! Isteri Adam mana ma? Hawa mana ma?" tangan Faridah diraih. Dia memegang erat tangan ibunya. Mata ibunya dipandang. Meminta jawapan.

"Suami Puan Hawa Adani ada di sini?" soal doktor yang kelam-kabut keluar dari wad itu. Syed Adam berpaling. Pegangan tadi dilepaskan. Terus dia berlari ke arah doktor tersebut. "Saya. Saya suami Nur Hawa Adani. Isteri saya mana sekarang, doktor?"

"Baiklah. Pertama sekali saya minta semua ahli keluarga berkumpul di sini dahulu. Saya minta maaf. Puan Hawa Adani mengalami pendarahan yang terlalu banyak. Kami sudah berusaha sedaya upaya kami. Namun, ia tetap tak berjalan dengan lancar. Kami juga tak dapat nak selamatkan kandungan puan. Sekarang ni, Puan Hawa hanya meminta suami dan ibu bapanya sahaja untuk berjumpa dengannya."

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now