BAB 13

980 61 4
                                    

DOA yang dibaca sungguh merdu. Sha amat menghayati doa yang dibaca itu. Sedar tak sedar air matanya menitis satu persatu. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau jemput kedua orang tuaku ke rumahMu. Aku pasti akan merindui mereka nanti. Engkau tolonglah jagakan mereka buatku. Sesungguhnya, Engkau yang Maha Besar.

Air mata diseka laju. Sebak pula bila memikirkan yang kedua orang tuanya akan pergi meninggalkannya. Walaupun hanya dua minggu namun dia tetap risau. Doa diamin.

Indah dan Aqilah yang berada di tepinya memeluk bahunya erat. Senyuman kecil diukir. "Kau okey tak?" soal Indah risau.

"Ya, aku okey. Dah, jom pergi makan." ujar Sha. Dia segera bangun untuk menjemput tetamu yang lain makan.


INDAH ligat memerhati seorang jejaka dihadapannya itu. Hensemnya! Siapa ni?

"Indah, jom pergi makan!" kata Aqilah menyedarkan lamunannya.

"Hah? Ok...kejap,"

"Kau tengok siapa tu?" tanya Aqilah.

"Kau tengoklah mamat tu. Dekat belakang kau tu."

"Siapa?"

"Tengok ja dulu. Tapi jangan tunjuk sangat. Kau buat-buatlah nak tengok makanan. Then, kau tengok dia." ujar Indah. Macam dah biasa skodeng orang lelaki ni.

Aqilah memusingkan kepalanya seperti yang diberitahu oleh Indah. Apabila dia menatap sahaja muka lelaki tersebut. Dia terkejut. "Ya Allah! Nikmat dunia," kata Aqilah kuat. Indah menamparnya pahanya. "Kau ni! Perlahan la sikit. Kalau dia dengar nanti malu la kita,"

"Ya...tahu. Siapa weh lelaki tu? Hensem do,"

"Mana aku tahu. Ini first time aku jumpa lelaki hensem kau tahu tak?" jawab Indah. Lelaki itu dipandang tak henti-henti.

"Oi, buat apa?" tegur Sha yang datang dari arah dapur. Bahu Indah ditepuk.

"Hah?" kedua-dua mereka tersentak.

"Korang ni buat apa? Mengelamun ka? Dah makan belum?" apabila soalanya tak dijawab Sha menampar bahu Indah agak kuat.

"Sakit la mak cik," kata Indah sambil menggosok bahunya.

"Korang tengok siapa ni? Sampai soalan aku pun korang tak jawab," Sha memandang ke arah lelaki yang kawannya tengok. Syed Iskandar!

Seperti sudah dijangka, Syed Iskandar turut memandangnya. Dia senyum manis. Indah dan Aqilah tersentak. Hensemnya!

"Dah la tu korang. Jom pergi makan. Tak kemananya kalau asyik memandang dia. Sudah...jom!" ujar Sha apabila perasan yang Syed Iskandar senyum kepadanya. Dia menarik tangan Indah dan Aqilah pergi dari situ.


SHA menghabiskan bubur jagung uminya buat kali kedua. Lama betul tak merasa air tangan umi. Lepas ni aku kena makan masakan air tangan orang lain pula. Mesti tak sama. Indah dan Aqilah juga menghabiskan makanan mereka.

Kemudian, Syed Iskandar berjalan menuju ke tempat yang mereka duduk. Sha yang perasan Syed Iskandar mahu ke sini sudah cuak. Jangan datang sini, please! Indah dan Aqilah memegang tangan masing-masing. Cara dia berjalan pun bergaya. Bisik Aqilah dekat Indah.

"Hai, Sha!" tegur Syed Iskandar. Dia senyum melihat Sha.

"Er...hai." jawab Sha perlahan. Indah dan Aqilah memandang muka Sha terkejut. Walaupun tidak bercakap tapi Sha seolah-olah tahu yang mereka berdua inginkan penjelasan dengan perkenalan ini. Sha membalas pandangan mereka. Nanti aku explain.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now