BAB 30

1.1K 99 11
                                    

SUDAH tiga minggu berturut-turut Sha asyik pulang lewat. Dia betul-betul bekerja keras untuk siapkan tender projek tersebut. Nasib baik Maznah dan Nordin memahami kerjanya.

Dia banyak meminta bantuan Natasha untuk lengkapkan tender itu. Syed Adam juga ada menghulurkan sedikit bantuan. Dalam tiga minggu ni Sha banyak berurusan dengan Syed Khairul. Semakin lama dia di sini semakin cekap Sha buat kerja.

Syed Khairul juga kekadang terpesona dengan kecekapan Sha membuat kerja. Baru sahaja di sini tapi cepat betul dia belajar. Even ia bukan dalam bidang Sha. Mereka bersikap profesional ketika membuat kerja. Tiada lagi pergaduhan kecil seperti awal-awal dia bekerja dulu.

Harraz datang ke syarikat tanpa langsung diberitahu. Ini merupakan kali kedua mereka bertemu. "Kenalkan. Ini Harraz Dayyan. Manager dari Ismara City." ujar Syed Khairul. Malas sebenarnya nak kenalkan rakannya kepada Sha.

Sha menunduk hormat. "Hai, Sha!" kata Harraz ceria. Sha senyum sahaja. Dia kenal aku?

"So, kami dah sediakan tender..."

"Cup! Apa ni, Khai? Relax la. Kita ada banyak masa lagi kan? Kita tak yah sembang lagi pasal kerja. Em kejap...Sha..nah," Harraz memberi sejambak bunga kepada Sha.

Sha terkejut. Harraz dipandangnya lalu melihat Khairul di sebelahnya. Khairul terus menolehkan pandangannya. Malas mahu melihat adegan tersebut. "Untuk saya?" soal Sha.

"Mestilah. Takkan untuk Khairul kot." gurau Harraz. Tergelak dengan lawak sendiri.

"Tapi saya tak..." Sha menolaknya.

"Ambillah. Penat saya pilih bunga ros ni tau," rajuknya. Kaki digesel ke lantai. Sha memerhati kakinya. Kenapa dengan kaki dia ni? Ada ketumbit ke?

Syed Khairul memandang mereka dengan menyampah. Dia mendengus kasar.

"Saya sebenarnya tak suka bunga ros. Allergic. Sorry." kata Sha mendiamkan Harraz. Khairul pula cuba menahan ketawa.

"Tak suka? But why? Bukan semua perempuan suka bunga ros ke?"

"Bukan. Perempuan macam saya tak suka bunga ros. Saya harap Encik Harraz faham. Kalau macam tu apa kata kita teruskan dengan agenda kita." kerusi ditarik. Fail dibuka lalu dia duduk. Harraz terkedu.

Syed Khairul senyum sinis melihat kelakuan Sha. Tanpa diberitahu, dia terus duduk di kerusi berhadapannya. Wajah Sha dipandang. Lama.

Perbincangan berjalan dengan lancar. Sepertinya Ismara City sudah bersetuju untuk collab dengan Hakim Holdings.

'Dengan menggunakan Sha'.


"PENGHANTARAN untuk Cik Irsha Hani." kata budak penghantar bunga. Bunga ditangannya dipandang hairan. Again? Sha mengerutkan dahinya. Kepala dipicit perlahan.

"Wah! Untung betul kan Sha dapat bunga setiap hari. Tak lama lagi satu syarikat boleh bau bunga kalau macam ni." gurau Aida.

"Aku rasa kan Sha kau dah boleh buka kedai bunga ni. Tiap-tiap hari ada macam-macam jenis bunga yang berlainan. Kalau kau jual aku konfem beli." tambah Rahman. Mereka sama-sama tergelak. Sha pula yang malu. Firhan pula hanya senyap. Langsung tak cakap apa-apa. Awak sukakan Encik Harraz ke Sha? Perasan cemburu mula menjalar. Entah bila hati ini sudah terpaut dengan gadis itu. Baru sebulan dia di sini.

"Ada apa ni?" tegur Syed Khairul setelah keluar dari biliknya. Semua orang memandangnya.

"Oh. Encik Harraz hadiahkan bunga lagi untuk Sha. Untung betul Sha kan, Tuan Khairul?" ujar Natasha. Syed Khairul memandang bunga tersebut lalu beralih pula kepada Sha.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now