BAB 33

1.2K 119 29
                                    

SEBULAN berlalu dengan pantas. Hubungan Khairul dan Eva semakin bertambah baik. Mereka sering keluar bersama. Kadang-kadang Eva selalu ke Hakim Holdings untuk lunch bersama. Dia juga rajin datang ke rumah Khairul. Mereka berdua merupakan pasangan yang bahagia sekarang ni.

Sha pula masih sibuk dengan kerja pertamanya. Dia banyak dibantu oleh Syed Adam selama dua bulan ni. Mereka juga sering keluar bersama. Sedar tak sedar hati Sha mula berasa selesa bila berada dengan Adam. Adam yang sopan. Adam yang baik. Adam yang sempurna kejadiannya. Adam yang membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Sha juga selalu melihat Eva di ofis. Bila semua budak ofis berbicara tentang hubungan Khairul dengan Eva. Sha hanya diam mendengar. Hatinya bagai terusik.

Dia baru teringat Eva adalah orang yang digosipkan bersama dengan Syed Khairul lapan tahun lepas. Punca kenapa dia hilang harapan untuk Syed Khairul. Dan sampai sekarang mereka ada hubungan yang special. Sha cuba menahan perasaannya untuk tidak peduli dengan Syed Khairul a.k.a cinta pertamanya dulu.

Kerana sekarang perasaannya sudah berubah. Ya! Sudah berubah kepada Syed Putra Kaif Adam. Lelaki yang sentiasa ada bersamanya tatkala susah dan senang. Orang yang sangat memahami dirinya. Sha tersenyum.

Sha menurunkan tandatangan terakhirnya. This must be the best moment ever. Kali pertama aku handle projek terbesar. Ini lah pengalaman pertama untuk budak praktikal macam aku ni. Gembira dia bila Cik Natasha mengizinkannya untuk sign laporan akhir projek ni. Dapatlah aku kenang saat ni sampai bila-bila.

Disebabkan dia hanya assistant manager. Mostly laporan soal projek akan ditandatangani oleh Natasha. Tetapi dia beruntung Cik Natasha izinkan dia menyumbang sebaris tandatangan untuk projek berjuta ringgit ni. Terima kasih kepada kerja keras Sha. Kini, dia banyak dipuji oleh semua pekerja kerana kerjanya yang cekap dan bagus.

Syed Khairul mengambil fail di atas meja. Laporan terakhir Projek Pembangunan Ivory Night disemak teliti. Kemudian, matanya tertancap pada satu tandatangan di akhir laporan. Daisy? Nama di bawah di baca. Irsha Hani? Kenapa sign ni macam sign dalam surat tu? Jantung mula berdebar.

Tanpa berlengah lagi, dia terus menyambungkan panggilan ke setiausahanya meminta Sha untuk masuk ke pejabatnya.

5 minit kemudian, Sha masuk ke bilik Khairul dengan rasa gelisah. Salah ke laporan yang aku buat tu?

Khairul masih memandang sign tersebut tidak berkelip. "Tuan Khairul? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan laporan akhir tu?" soal Sha perlahan. Giginya diketap.

"Ini sign kau ke?" soal Khairul. Mukanya diangkat memandang Sha.

Sha terkejut dengan soalan Khairul itu. "Aku tanya kau ni. Ini sign kau ke?" soalnya sekali lagi. Kepala mengangguk. "Kenapa sign kau macam ni?"

"Ha? Dah memang tu sign saya sejak saya sekolah menengah lagi. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke, Tuan Khairul?"

Khairul mendengus gembira. Tak gembira mendengar jawapan itu. "You can go now." Sha keluar dari biliknya dengan rasa hairan. Apa hal mamat tu? Dengan sign pun tak puas hati ke?

Tak senang hati Khairul melihat sign itu tadi. Terus sahaja dia call Eva ajak berjumpa. Sha hanya memandang Khairul yang keluar tergesa-gesa dari pejabatnya.

Pasangan itu kini sedang lunch bersama. Eva dipandang lama. Berselera betul dia makan. Dia terfikirkan satu idea.

"Eva. I nak minta tolong boleh?" tanya Khairul selesai sahaja mereka makan.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now