BAB 10

1K 65 0
                                    

"DATIN! Tuan Adam call," kata Mak Kiah. Datin Faridah yang baru sahaja mahu masuk ke bilik memandangnya. Adam?

Ganggang telefon rumah pantas diambilnya. "Hello, Adam! Kamu ke tu?" tanya Faridah. Sudah lama Adam tidak telefon. Dato Hakim melihat isterinya. Dia terpaku. Begitu juga dengan Syed Nadiim dan Syed Farhan.

Senyap. Faridah masih menunggu. Agak lama sebelum pertanyaannya dijawab.

"Assalamualaikum, mama." suara yang amat dirindui keluarga itu akhirnya didengari juga. Jatuh air mata kerinduan seorang ibu. Apabila melihat reaksi Faridah. Mata Hakim mula bergenang.

"Wa..waalaikumussalam. Adam...ini Adam ke nak? Ini anak mama kan?" soal Faridah penuh harapan. Air matanya jatuh bercucuran ke pipi. Dia menutup mulutnya. Menahan sebak di dada.

"Ya, mama. Ini anak mama. Syed Putra Kaif Adam bin Syed Hakim. Anak sulung mama," ujar pemanggil di hujung talian.

"Allahuakbar! Adam...anak mama. Akhirnya Allah dah makbulkan doa mama. Terima kasih sayang sudi telefon mama. Dah lama Adam tak telefon mama. Mama rindu sangat dekat Adam. Kami semua rindukan kamu, Adam. Anak mama sihat di sana?"

"Adam sihat mama. Adam pun rindukan mama. Rindukan papa. Rindukan semua orang. Adam minta maaf. Sebab baru sekarang Adam boleh telefon mama. Adam minta maaf. Sebab Adam ambil masa yang lama untuk bercakap dengan mama."

"Tak apa sayang. Mama tahu kamu perlukan masa di sana. Adam. Bila kamu nak balik? Mama rindu nak jumpa dengan anak sulung mama. Mama rindu nak cium sayang muka anak mama. Bila kamu nak datang sini balik?"

"Adam pun rindu nak cium pipi mama. Adam rindu nak peluk mama. Adam call mama sebab Adam...Adam nak kasi tahu mama yang Adam dah tak perlukan masa lagi. Adam dah cukup berehat di sini. Adam akan pulang mama. Adam nak balik jumpa mama. Jumpa semua orang." Teresak-esak Faridah menangis. Penantian yang ditunggu selama tiga tahun. Akhirnya terjawab.

"Alhamdulillah, Adam. Terima kasih. Akhirnya mama dapat juga jumpa anak mama." kata Faridah menahan sebak. Mendengar kata-kata Faridah di talian bersama anak sulung mereka membuatkan Dato' Hakim mengangkat tangan bersyukur kepada tuhan. Syed Nadiim dan Syed Farhan yang menjadi pendengar sedari tadi tersenyum gembira. Mereka memandang satu sama lain lalu berpelukan.

Akhirnya Along! Terima kasih sebab mahu kembali ke sini semula. Detik hati Syed Farhan. Matanya dibiarkan bergenang.


BUKU rujukan yang dipegang jejaka tersebut terlepas dari tangannya sebaik sahaja mendengar khabar gembira dari pemanggil di hujung talian. Dia mengukir senyuman gembira. Finally!

"Is? Are you okay?" tanya seorang gadis bertudung litup di hadapannya. Lembut sungguh suaranya. Buku yang terjatuh diambil semula. Dia memandang pelik wajah jejaka tersebut.

"Lia! Finally! Finally, Lia!" kata jejaka tersebut. Telefon digenggam. Bibir diketap rapat. Alhamdulillah, ya Allah!

"What? What's wrong? What's going on here? Is, tell me!" gesa gadis tersebut. Dia mula bimbang.

"He will be back. He's going home. Along! Dia akan balik, Lia!" ujar jejaka tersebut dengan teruja. Matanya mula bergenang dengan air mata.

"What? Oh My God! Alhamdulillah. Allah dah makbulkan doa kita. That's really a good news. How's them? Did they know that?"soal gadis tersebut merujuk kepada orang dirumah jejaka tersebut.

Jejaja tersebut mengangguk gembira. "I'm happy for you, dear." senyum gadis tersebut. Mereka memandang satu sama lain.

"So, how's you? Are you going home? You should go home. You have to. Take a break for a while. You had not meet him for a long time right? This is your chance. Go and grab it. Don't worry about here. I will be fine."

7 Jejaka Idaman|OGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon