BAB 15

988 64 3
                                    

DATIN FARIDAH memanggil anak-anak dan suaminya untuk makan tengah hari. Irsha Hani pula sedang menyiapkan meja makan.

"Duduk sekali, Sha." pesan Faridah. Sha duduk di meja makan setelah membasuh tangan. Seperti biasa setiap kali makan Sha pasti akan duduk di hadapan Syed Iskandar.

Mereka semua makan dengan berselera sekali. Tetapi tidak Sha. Setiap kali dia makan dia pasti akan rasa tak selesa. Yalah macam nak selesa dah kau makan depan-depan lelaki hensem. Selalunya Sha akan habis makan awal. Walaupun hakikatnya dia masih tak kenyang. Segan punya pasal.

"Angah balik petang ni kan?" soalan Faridah itu memecahkan kesunyian di meja makan.

"Siapa nak ambil angah nanti?" tanya Dato' Hakim sambil tangan kirinya mencapai segelas air oren. Dia menghirupnya perlahan.

"Angah sampai petang ni ke?" soal Syed Farhan teruja.

"Biar along ambil tak pa. Lagipun along tak ada buat apa-apa pun nanti," kata Syed Adam. Tisu diambil lalu menyapu mulutnya.

"Is teman along," sampuk Syed Iskandar. Syed Nadiim pula hanya mendengar perbualan itu.

"Baguslah macam tu. Hati-hati bawa kereta nanti." pesan Faridah. Angah mana pula ni? Datin Faridah ada berapa orang anak semuanya?


SHA berada di dapur ketika kedengaran suara orang memberi salam. Dia yang sedang mengelap pinggan berhenti seketika. Dia menjenguk ke arah ruang tamu. Kelihatan Faridah sedang memeluk seorang jejaka. Itu pasti angah yang dimaksudkan tu. Tebak Sha. Dia masih lagi memandang ke arah mereka sehinggakan matanya terpaut dengan mata Syed Adam. Dia terpaku lalu terus kembali melakukan kerjanya. Syed Adam tersenyum geli hati.

Bunyi riuh kedengaran di segenap rumah. Hari pertama aku masuk ke rumah ni. Senyap ja. Sekarang ni bila dah penuh dengan anak-anak riuh la pula. Biar la bukannya rumah aku pun. Tapi satu, dua... Sha mengira anak-anak Datin Faridah. Lima orang? Ramainya anak aunty. Dah la semuanya lelaki. Patutla dia suka sangat dengan aku. Dia mesti teringin sangat nak ada anak perempuan. Getus hati Sha.

Sejadah dilipat seusai menunaikan solat Isya'. Begitu juga dengan telekungnya. Dia duduk di birai katil. Bila la umi dengan walid nak balik? Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di atas bantal.

Tapi kan aku tak sempat nak tengok lagi muka anak kedua aunty. Ni semua sebab Syed Adam. Tapi bila fikir-fikir balik kenapa aku selalu saja malu kalau nak bertentangan mata dengan dia? Sedangkan kalau dengan Syed Iskandar bukan main lagi boleh nak bergurau. Lagi satu jantung aku ni. Tak pernah nak duduk diam. Pantang nampak anak-anak aunty mesti nak berdegup laju. Wahai jantungku! Aku tahu yang dalam rumah ni penuh dengan abang-abang hensem tapi kau tolong la behave sikit. Penat aku nanti. Sha mengelamun sehingga terlelap di atas katil.


SYED KHAIRUL masuk ke dalam biliknya setelah selesai bersembang dengan keluarganya. Sudah lama mereka tidak berbual sehinggakan tidak sedar jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Memikirkan dirinya yang baru sahaja pulang petang tadi. Syed Khairul meminta izin untuk naik ke bilik dulu. Now, everything's going to be just fine. Semuanya dah balik seperti sedia kala. Harapnya along takkan pergi lagi lepas ni.

Semua pakaian di dalam bagasinya dikeluarkan. Dia mula mengemas. Syed Khairul merupakan seorang yang sangat teliti dan pembersih. Dia tidak suka menangguh-nangguhkan kerjanya.

Almari pakaian dibukanya. Ruang bawah di dalam almari sudah penuh pakaiannya. Kemudian, dia mengangkat bagasinya yang kosong untuk diletakkan dalam almari di bahagian atas. Kenapa tak boleh masuk ni? Syed Khairul pelik. Ada something ka dekat atas ni? Dia meletak kembali bagasi di bawah. Tangannya meraba-raba almari di bahagian atas. Kotak?

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now