BAB 14

924 62 2
                                    

SHA memandang katilnya. Besarnya bilik tetamu. "Sha berehat la dulu. Nanti turun makan ya?" pesan Faridah. Sha mengucapkan terima kasih sebelum Faridah menutup pintu bilik Sha.

Dia baring di atas katil. Ok now what? Duduk dalam rumah orang yang aku baru kenal dua minggu lepas. Dalam rumah ni bersepah anak lelaki dia. So, aku kena tutup aurat nak ke mana pun. Nasib baik toilet ada dalam bilik ni. Senang aku nak mandi nanti. Aku mengajar Farhan hujung minggu ja. Hari lain aku nak buat apa? Pening Sha memikirkannya.

"Sha mana mama?" soal Syed Adam. Secawan air oren diteguk perlahan. Waktu mamanya kata nak pergi ambil Sha. Entah macam mana dia boleh tawarkan diri untuk ikut pun dia sendiri tak tahu.

"Sha ada dalam bilik. Tengah berehat. Mama nak masak kejap. Nanti kamu tolong panggilkan dia turun," ujar Faridah. Jam baru sahaja menunjukkan jam 12 tengah hari. Tetapi dapurnya sudah mula berasap.

"Mama...sedapnya bau," ujar Syed Iskandar yang baru sahaja turun dari biliknya. Dia memandang lauk di atas meja. Bibir dijlat. Dah lama betul tak makan makanan melayu.

"Eh, along dari mana?" Syed Iskandar memandang alongnya.

"Along teman mama pergi ambil Sha tadi," jawab Syed Adam.

"Sha dah balik. Dia ada mana?"

"Dia dalam bilik." Syed Adam memandang pelik Iskandar. "Sha tengah berehat. Jangan kacau dia pula." pesan Syed Adam.

"Ya...Is tanya ja," sengih Syed Iskandar.

"Adam!" panggil Dato' Hakim. Syed Adam menyahut panggilan papanya itu.

"Ada apa, papa?" tanya Syed Adam lalu melabukan punggungnya di hadapan papanya.

"Papa nak tanya ni. Bila kamu bersedia nak masuk ke pejabat?" soal Hakim tanpa ragu-ragu.

"InsyaAllah, lepas angah balik nanti. Adam nak tunggu angah dulu. Angah balik bila papa?"

"Rasanya dia balik minggu ni. Tak silap papa la. Sebab minggu depan ada mesyuarat akhir tahun syarikat. Kalau boleh papa nak kamu ada dalam mesyuarat tu. Lagipun, dah lama kamu tinggalkan syarikat. So, banyak perkara yang kamu kena catch up balik." Syed Adam hanya mengangguk.


SYED ADAM mengetuk perlahan pintu bilik Sha. Sha terjaga dari tidurnya. Telefon bimbit dicapai. Pukul berapa dah ni? Dah zohor. Ya Allah, aku tertidur ka? Sha bangun dari baringnya. Kemudian, dia terdengar ketukan pintu biliknya. Shawl dililit sempurna.

"Siapa?" soal Sha. Dia memandang ke luar bilik.

"Saya ni, Syed Adam." Sha terkejut. Pintu bilik ditutup rapat. "Ya, ada apa ya?" Sha membuka sedikit pintu biliknya agar suaranya dapat didengari Adam.

Syed Adam tersenyum. "Mama panggil makan."

"Ouh...ok. Saya nak zohor dulu," kata Sha lalu segera menutup pintu biliknya. Nasib baik aku pakai shawl. Cuak juga aku. Ingat ka Mak Kiah tadi. Wuduk segera diambil. Takbir dilaungkan.

Syed Adam masih terpaku di hadapan bilik Sha. "Along, buat apa tu?" soal Syed Nadiim pelik. Itu kan bilik Kak Sha. Apa along buat dekat situ?

Syed Adam tersentak."Hah? Ouh, mama pesan suruh panggil Sha makan. Nadiim pun jom turun makan sekali,"

Syed Nadiim mengangguk.


SELESAI makan tengah hari Sha duduk di pondok di luar rumah. Mengelamun seketika. Kolam kolam renang di hadapannya dipandnag. Tenangnya. Detik hati Sha.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now