BAB 27

1.8K 96 9
                                    

Disclaimer: The scenes depicted in this story are fictitious. Any similarity to any event is purely coincidental. To ease you, I improvised based on my own ideas and imaginations. Jangan kata author tak warning. Just enjoy the plot. Xoxo!


KELUAR sahaja dari bilik meeting. Sha terus berlari ke tangga di sebelah kiri bangunan. Pipinya ditampar berkali-kali. Ouh, sakit! This is not even a dream. Habis tu ni apa? Ya Allah! Macam mana mamat tu boleh ada dekat sini? Apa aku nak buat sekarang ni? Patut ke aku berhenti kerja ja? Tapi aku baru masuk kerja hari ni.

Ok. Relax! Aku kena bertenang. Sha menghela nafas panjang seketika.

Macam mana aku nak relax? Gelisahnya kembali menghantui. Kalau dia duduk dekat kerusi tu. Maksudnya dia...dia...bos aku?

What??!!

Argh!!! Sha menjerit. Nasib baik tangga tu jauh daripada pejabat. Kalau tak habis satu pejabat dengar.

Bibir diketap geram. Tangannya digenggam erat. This is not what I planned. Sha mengeluh kuat.

Ouh! Syed Adam. Sha baru teringat. Kenapa la aku tak terfikir soal ni. Kalau Syed Adam boleh ada dekat sini. Mestilah mamat tu boleh ada dekat sini jugak. Haish! Kepala dipicit.

Tak lama selepas itu telefonnya berdering. Dia melihat nama yang tertera. Butang hijau segera dileret.

"Kak Anis!" jerit Sha kuat.

"Ya Allah, terkejut akak. Kenapa jerit-jerit ni Sha?" soal Anis di balik talian. Ish, budak bertuah sorang ni! Ada ke patut dia jerit dekat telinga aku.

"Akak. Habislah Sha. Habislah..." kepala digeleng berulang kali.

"Habis apanya? Hari ni your first day praktikal kan? So, how?"

"That's why I said. Habislah Sha."

"Your mean?"

"Khairul.."

"Kha..Khairul? As Syed Khairul? Why you suddenly say his name?" Anis keliru. Tahulah broken teruk tapi dah sampai tersebut-sebut nama crush first day praktikal dah kenapa.

Sha mengeluh kecil sebelum menyambungnya. "He's here."

"Wh...what?"

"Inside my company. Literally in front of me. Like 10 minutes ago. Worst part. He is my boss. This is his family's company."

"Are you deadly serious?"

"Em."

"Maksudnya Sha akan jumpa dengan dia setiap hari la lepas ni? Satu pasukan? Satu department? Sebagai pekerja dengan bos?"

"Now bila dengar akak cakap macam tu. Sha boleh jadi gila tak lama lagi. What should I do?"

"What do you mean by what should you do? Sha kena raikan la. Satu company dengan orang yang Sha kenal. Itu namanya jodoh."

"Kak Anis! Apa ni? Tak lawak la,"

"Sha langsung tak tahu yang dia kerja dekat sini. Kalau Sha tahu ni syarikat family datin. Sha takkan apply kerja dekat sini. Whenever I saw him, Sha rasa tak selesa. Sha memang pernah simpan perasaan dekat dia. Tapi itu dulu. I know this is a dumb thing to do, but after Sha dapat tahu sekarang ni dia adalah bos Sha. And dia dah bertunang I don't think I can do this anymore. So, apa patut Sha buat sekarang ni? Macam mana kalau dia kenal Sha?"

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now