BAB 22

1K 70 3
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..." Sha meletakkan kasut sekolah di atas rak kasut dengan kemas. Kedengaran suara uminya menjawab salam. "Dah balik?" soal Maznah. Tangan umi disalam. "Sha kena hujan tak?" Dia menggeleng. "Sha naik dulu ya."

"Nanti jangan lupa turun makan lepas maghrib." Sha menyahutnya. Pintu bilik ditutup rapat. Katil menjadi sasarannya. Dia baring seketika. Siling bilik dipandang. Kenapa aku asyik teringatkan mamat berlagak sombong tu? Rungut Sha. Sedangkan dulu aku cukup tak suka dengan dia.

Apabila umi dan walid buat keputusan untuk berpindah di Kuala Lumpur, mulanya Sha menolak keras. Kerana dia terpaksa berpindah sekolah juga. Setelah banyak kali dipujuk, akhirnya dia setuju. Sha berumur 15 tahun ketika masuk ke sekolah itu.

Tak sampai sehari dia masuk ke sekolah. Dia sudah cepat dapat kawan. Sha mula dikenali oleh beberapa orang rakan dari kelas lain. Biasalah siapa saja yang tak nak tahu kalau ada budak baru masuk sekolah. Sudah jadi fitrah. Tambah pula budak baru tu sangat cantik dan pandai macam Sha.

Satu perkara Sha jenis yang jarang turun ke kantin sekolah. Sebab ia memang jauh dari kelasnya. Sudahnya dia hanya makan roti sahaja. Bila ditanya. Sudah terbiasa katanya. Puas kawan-kawannya memujuknya sehinggalah satu hari dia terpaksa ikut mereka.

Kelasnya ketika itu ialah Pendidikan Seni. Cikgunya keluar awal kerana ada urusan. Jadi, semua boleh rehat awal. Sha tak terkecuali. Sejak tiga bulan bersekolah di situ. Ini adalah kali pertama Sha turun ke kantin sekolah.

"Kau nak makan apa-apa tak?" soal Adriana, rakan karibnya. Sha menggeleng. "Kau belilah. Aku tunggu sini." ujar Sha. Lima minit kemudian, Adriana datang dengan semangkuk bihun sup dan segelas air sirap. Dia duduk berhadapan dengan Sha. Sedang mereka berbual, tiba-tiba kedengaran bunyi bising di bahagian hujung kantin. Sha menoleh ke belakang. Dia memandang ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang bising menjerit.

"Kenapa tu?" tanya Sha. Dah apahal tu?

Adriana turut memandangnya. "Ouh...biasalah...fanatik sangat," balas Adriana. Dia sambung menghirup sup. Adriana dipandang. Meminta penjelasan.

Adriana mengambil sehelai tisu lalu mengelap bibirnya. "Wait and see," ujarnya. Sha menoleh ke arah mereka semula. Tak lama selepas itu, sekumpulan lelaki turun dari tangga. Jeritan pelajar perempuan semakin kuat. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang cuba memberi air mereka kepada lelaki- lelaki tersebut. Sha memandang hairan. Apahal ni?

"Geuge mwoya?" (Apa tu?) soal Sha.

"F4." jawab Adriana. F4? Boys over Flowers? Dahi berkerut. Jangan buat lawak la.

"Kau maybe tak kenal dorang sebab kau masih baru lagi dekat sini. Tapi dorang ni kumpulan lelaki yang paling digeruni dalam sekolah,"

"Digeruni?"

"Yup. Hottest. Man Ever. F4." sambungnya. Sha tergelak. Dan ketika itu, pelajar lelaki tersebut berjalan melepasi tempat duduk Sha. Hottest man? Mana? Bak sini aku nak tengok. Kemudian, Sha secara tak sengaja terpandang salah seorang pelajar itu. Macam pernah nampak.

Payung guy?

Mata mereka bertaut. Tapi lelaki tersebut buat tak peduli sahaja.

Sombongnya!

Pembelajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa. Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Sebelum pulang Sha sempat berjemaah Zohor di surau. Tak ketinggalan Adriana juga di situ. "Sedapkan azan tadi. Sejuk hati aku dengar,"

"Emm..." Sha mengiyakan sahaja. Hatinya berdebar. Satu suara yang boleh mengegarkan jantung aku. Siapa dia?


7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now