BAB 7

1K 59 0
                                    

SHA keluar dari bangunan COB setelah berperang air mata dengan Indah dan Aqilah hampir setengah jam. Sebaik sahaja keluar, dia melihat Daniel Haikal berada di hadapan bangunan. Sedang melutut. Dia juga perasan terdapat taburan bunga di sepanjang laluan itu.

Beberapa pelajar yang masih lagi menunggu bas juga menjadi saksi keadaan itu. Daniel tersenyum melihat Sha akhirnya keluar dari kelasnya. Sudah agak lama dia menunggu ketibaan Sha. Dia memegang sekuntum bunga ros.

Sha memandang tajam muka Daniel Haikal. What's now?

"Sha, I dah putuskan pertunangan I dengan Maria. Jadi, sekarang I dah tak ada hati dekat sesiapa kecuali you. Sudi tak you terima I untuk jadi kekasih hati you? I janji I akan layan you dengan baik. You akan bahagia dengan I, Sha." ujar Daniel Haikal penuh pengharapan. Dia sudah bertekad hanya untuk memilih Sha sahaja sebagai kekasih hati dia. Only her.

Imran juga turut melihat adegan itu. Ketika dia mendapat panggilan dari Indah tadi. Dia segera keluar dari kelasnya dan berlari untuk mendapatkan Sha. Dia tahu yang Sha perlukan dia sekarang ini. Sha please jangan terima bunga itu. Dari jauh dia mengharap. Larian dia semakin laju.

Sha mendekati Daniel Haikal. Indah dan Aqilah sudah meluat melihat wajah lelaki itu. Kalau dulu mereka suka sangat dengan Daniel Haikal. Kata mereka Daniel Haikal adalah jejaka idaman mereka. Namun, tidak sekarang. Semenjak dia menyakiti hati Sha, mereka berdua sudah mula membencikan Daniel Haikal.

Indah dan Aqilah melihat sahaja apa reaksi yang akan diberi oleh Sha. Rasanya kami dah tak boleh masuk campur. Sekarang ni kau sendiri yang buat keputusan Sha.

Perasaan Sha bercampur baur. Dia melihat bunga ros tersebut. Kemudian, dia memandang pelajar lain yang sedang memerhati mereka. Di antara mata-mata tersebut. Sha perasan akan sepasang mata yang dikenalinya itu. Maria!

Maria sedari tadi lagi sebenarnya berada di situ. Dia tidak berkata apa-apa. Walaupun hatinya terasa amat sakit. Tetapi dia cuba bertahan. Matanya terpandang wajah Sha. Sha seperti hendak mengatakan sesuatu kepadanya. Namun, dia cepat-cepat menggeleng.

Pelajar-pelajar lain sudah mula berbisik. Akhirnya, Maria membuat keputusan untuk pergi dari situ. Dia terus berjalan ke arah bus stop laluan C untuk pulang ke tempat kediaman. Maria sudah tidak betah mendengar bisikan dari pelajar lain soal dirinya.

Sha melihat pemergian Maria dengan sayu. Dia sedar dengan muka kecewa Maria. Ingin sekali mengejar Maria tetapi dihalang oleh Daniel Haikal.

Daniel Haikal bangun dari melutut. Bunga ros diserahkan kepada Sha. Sha menggengam kuat tangannya. Bibirnya digigit kerana terlalu geram. Dia terasa seperti nak hadiahkan penampar lagi sekali kepada Daniel Haikal. Tetapi dia tahu itu tidak akan cukup.

Sha tiba-tiba teringat kata-kata Kak Anis. 'Sha kena terangkan betul-betul dekat dia supaya dia tak ganggu Sha lagi.' Dia mula bertenang. Masa itu, Imran yang sudah sampai di situ terus memegang kolar baju Daniel Haikal. Sha tersentak.

"Kau tak faham bahasa lagi ka? Kan aku dah kata jangan kacau Sha lagi. Kenapa kau masih lagi nak ganggu dia ha?" kolar baju Daniel Haikal digenggam kuat. Daniel Haikal cuba untuk melawan. Suasana di hadapan bangunan COB semakin tegang.

Akhirnya, Sha mengalah. Aku tak tahu kenapa semua ni boleh jadi dekat aku. Tapi aku tahu yang menggunakan kekerasan tidak akan redakan keadaan. Malah, keadaan akan bertambah keruh.

"Im..sudah la tu. Kau lepaskan ja la dia." kata-kata Sha mengejutkan semua orang. Indah dan Aqilah dah mula rasa tak sedap hati ni.

Imran teragak-agak untuk melepaskan kolar baju Daniel Haikal. Mata Sha dipandang bagi mendapatkan kepastian. Kolar baju Daniel dilepas. Daniel Haikal tersenyum kemenangan. Kolar baju dikemaskan semula. Tali lehernya diperbetulkan. Bunga ros diserahkan ke pemilik baharu. Begitu berharap yang Sha akan mengambilnya.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now