BAB 24

950 73 2
                                    

ADRIANA mencari kelibat Sha. Mana pula dia ni? Matanya meliar mencari rakan baiknya itu.

Terlihat Sha tengah bersenam di padang sekolah. Segera dia berlari ke sana. "Sha...Sha!"

"Apa hal?" hairan dia melihat Adriana tercungap-cungap mencari nafas.

"Aku dengar kau reject Iqbal. Betul ke?" soal Adriana menahan penatnya. Ketika pulang dari toilet, dia tak sengaja terdengar gosip tu dari mulut mak cik bawang sekolah.

"Haah. Asal?"

"Seriuslah kau?!!!" jerit Adriana lagi. "Kau ni apa hal? Seriuslah!"

"Asal kau reject dia ha?"

"Kenapa? Biarlah aku nak reject dia. Hati aku! Yang kau macam tak rela ni pehal? Patutnya kau support aku," Adriana tersentak.

"Tak....aku...aku ok ja. Tapi budak-budak lain la."

"Kenapa pula dah ni? Asal dengan dorang?"

"Ye la. Siapa suruh kau reject dia. Sekarang kau dah jadi buah mulut budak-budak lagi sekali," jelas Adriana.

"Hadoiii...penatlah aku. Dapat surat pun jadi gosip. Sekarang ni, aku dah reject pun jadi gosip juga? Dorang nak apa sebenarnya?" marah Sha. Geram betul dengar budak-budak tak puas hati dengan dia.


SEMINGGU juga la nak biar gosip tu reda. Lega Sha bila namanya sudah tak disebut-sebut lagi. Penat jugak kalau femes ni. Sesiapa tolong swap dengan aku please!

"Sha!" Adriana muncul di hadapannya. Muka diangkat.

"Nah!" sekeping kertas dihulur Adriana.

"Apa ni?" tanya Sha pelik. Surat cinta apa pula kali ni?

"Ambil ni. Then, kau tulis la apa-apa je dekat paper ni."

"Apa-apa je? Maksud kau?"

"Anything yang kau nak luah. Nak bagi kata-kata semangat ke motivasi ke. Ikut suka kau la. Dah siap nanti boleh la letak dalam tabung F4,"

"Tabung F4?"

"Haah. Kau tak dengar ke yang baru-baru ni datuk Ashraf meninggal dunia. Lepastu, Anas kalah dalam game final badminton peringkat kebangsaan. Iqbal demam tiga hari tak kebah. Khairul pula sakit. Kaki dia terseliuh lagi masa latihan futsal dua hari lepas. So, pihak kebajikan kelab F4 ada buat tabung harapan. Tulis surat bagi kata-kata semangat untuk mereka. Nanti dorang bacalah. Sebagai warga sekolah yang amat prihatin, kau pun tulis la something untuk dorang." jelas Adriana. Sha memandangnya macam tak percaya.

Pftt!

Tabung F4? Pihak kebajikan kelab? Tabung harapan? Biar betul.

"Motif?" soal Sha lagi. Kening diangkat meminta penjelasan.

"Bagi semangat dekat dorang la,"

"Ya la. Apa motif bagi semangat dekat dorang? Kau sendiri bagitahu dekat aku. Even surat peminat pun dorang tak pernah nak baca ini kan pula surat-surat macam ni. Pelik-peliklah korang ni."

"Ala..Sha...kau nak tahu? Aku pun tak nak tulis semua benda alah ni. Tapi dorang wajibkan semua orang tulis surat. Kau rasa? Kalau tak tulis surat. Nanti kena panggil tunjuk sebab," terang Adriana.

"Ok. Ni sumpah lawak gila. Kenapa nak diwajibkan pula? Dorang tu anak raja ke? Kalau datuk meninggal? Fitrah manusia. Doakan sudahla. Kalah game? Biasalah adat pertandingan. Demam? Jangan risau. Sakit tu kan penghapus dosa. Terseliuh kaki? Jumpa doktor la. Yang nak tulis surat bagai tu kenapa?" ujar Sha bengang. Terasa bagai mahu meletup dadanya sekarang.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now