BAB 4

1.2K 87 0
                                    

SETELAH selesai berbual di ruang tamu. Masing-masing balik ke bilik tidur. Jam pula sudah menunjukkan jam 11 malam. Anis tidur sekatil dengan Sha malam ni

"Esok Sha nak bertolak pukul berapa?" Anis mengambil telefon di tepi katil. Sha yang baru sahaja keluar dari tandas terus berbaring di atas katil.

"Dalam pukul 12.30 kot. Entahlah, Sha pun belum pasti lagi. Sebab sebelum ni Indah kata nak keluar selepas lunch tapi tadi dia ada chat. Katanya kena keluar awal pula sebab jenazah nak simpan selepas asar. Nanti takut tak sempat pula sampai." jelas Sha. Selimutnya diperbetulkan. Begitu juga dengan bantal tidurnya.

"Oh, kalau macam tu Sha kena keluar awal. Takut sesak nanti." Sha hanya mengangguk.

Bila tengok kesepian Sha, Anis fikir mungkin adiknya itu dah tidur. Tapi hakikatnya belum lagi. Tengah main fon. Patutlah senyap. "Sha buat apa lagi? Tak nak tidur lagi ka?"

"Ha? Ahh..kejap. Tengah layan peminat Sha yang gila ni," jelas Sha.

Benci betul aku! Setiap malam mamat syok sendiri tu akan hantar mesej dekat dia. 'Dah makan ka belum? Dah tidur ka belum? Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur. Baca bismillah sebelum tidur. Tidur mimpi saya tau.'

Ya Allah! Meluatnya! Macam manalah aku nak handle mamat macam ni. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat nombor aku. Punyalah aku sorok sampai sepakat dengan kawan-kawan. Jangan kasi nombor aku dekat dia. But still dia boleh dapat. Setahu aku yang tahu nombor aku ni kawan sekelas, kawan rapat and family ja. Orang lain tak pernah tahu pun. Haih..pelik sungguhlah.

"Ha? Apa dia? Tengah layan peminat? Sha serius ka?" Anis terbangun dari baringnya.

"Ya, akak. Sha serius ni." Sha tunjuk chat mamat syok sendiri tu dekat Anis. Anis mengambilnya. Kemudian terhambur terus tawanya.

"Sha...di..dia ni..," Anis tutup mulut. Ketawa kuat kedengaran.

Sha hanya memandangnya tajam. "Akak!"

"Sori..sori.." Anis mengelap sedikit air mata yang keluar. Aduh! Adik aku ni masih lagi popular macam dulu rupanya.

"Dia still tak give up ka Sha?" soal Anis. Phone Sha ditelitinya lagi. Anis scroll up chat yang sebelum ni. What? Bluetick ja? Hebatlah adik aku ni.

"Akak rasa mamat tu tahu ka maksud give up?" jawab Sha panas hati.

"Wah...gila la Sha. Akak tabik spring dekat Sha," Tangannya diangkat dan diletakkan di tepi kening ssbelah kanannya. Seolah-olah seperti prebet yang tabik ke arah sarjan di dalam kem tentera.

"Sha kasi bluetick pun dia still balas mesej Sha. Kenapa Sha tak block ja dia?" cadang Anis.

"Sha dah banyak kali block nombor dia. Tapi tu la setiap kali Sha block ja dia pasti akan tukar number baru and chat Sha lagi. Sampai satu tahap tu Sha dah malas nak block dia. So, Sha tinggal bluetick ja la." jawab Sha geram.

Pecah lagi tawa Anis. Dia memegang perutnya yang sakit kerana terlalu banyak sangat ketawa.

"Then..kenapa Sha tak tukar nombor ja?"

"Memang terfikir nak buat macam tu pun. Pernah sekali Sha tukar nombor sebab dia asyik spam nombor Sha. Tapi entah macam mana la dia boleh dapat balik nombor baru Sha. Setahu Sha nombor baru Sha tu Sha just kasi kat kawan-kawan dan family ja. Tapi kak...dia dapat number Sha!"

"Astarghfirullahallazim. Penat tau Sha. Phone Sha ni pun dah nak hang tau. Mesej masuk setiap jam. Dalam kelas pun berbunyi tau. Budak lain dah pandang semacam. So, Sha punya decision sekarang ni Sha nak biar je. Kang nanti dia syok sendiri pula sebab dia fikir yang Sha tukar nombor sebab dia. Akak bukan tak tahu mamat tu kan jenis yang syok sendiri.

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now