PROLOG

4K 134 3
                                    

JAM menunjukkan sudah lewat petang. Namun, kelibat Datin Faridah dan yang lain masih belum muncul. Faridah ada beritahu Sha yang mereka mungkin akan lambat sebab mahu pergi melawat saudara mereka di sekitar Petaling Jaya. Jadi, di dalam rumah sekarang ini hanya tinggal dia dan Mak Kiah sahaja. Syed Khairul keluar sebentar setelah menghantar adiknya. Dia tidak pula mengikut mereka menghantarnya di KLIA. Katanya agak sibuk. 

Nasib baik dia keluar. Kalau tak mesti rasa awkward gila kalau dia ada di sini sekali. Aku harap aunty balik sebelum dia balik. Detik hati Sha. Tidak lama selepas itu, dia melihat Mak Kiah keluar dari dapur rumah. "Mak Kiah nak ke mana?" soal Sha sopan.

"Mak Kiah nak kemas bilik anak-anak datin kejap. Sementara mereka semua tengah keluar tu senang la sikit kalau nak kemas." balas Mak Kiah. Sha mengangguk. Dia berfikir sekejap.

"Kalau macam tu boleh tak kalau Sha tolong Mak Kiah. Sha bosan la duduk dekat dalam rumah ni tak buat apa-apa."

"Boleh ke? Kalau macam tu kamu tolong kemaskan bilik Tuan Adam. Biar Mak Kiah kemas bilik yang lain tu," Sha mengangguk sekali lagi.

Syed Adam. Nama yang mampu buatkan hatinya bergetar. Tapi entah lah. Dia sendiri tak tahu kenapa. Sha perlahan-lahan masuk ke dalam bilik Syed Adam. Ini adalah kali pertama aku masuk ke dalam bilik anak-anak datin. Dan bilik pertama aku ialah bilik Syed Adam?

Sha tersenyum.

Dia melihat suasana bilik Syed Adam. Cantik! Pandai betul dia susun perabot dalam bilik ni. Dah cantik nak kemas apa lagi? Sha hairan. Dia menyapu sedikit kotoran di lantai. Sedang asyik vacuum karpet, dia terlihat beberapa buah frame di meja sebelah katilnya. Sha mendekati frame tersebut. Siapa ni?

Mata Sha melihat kepada susuk tubuh seorang wanita di dalam gambar tersebut. Cantik! Wanita tersebut berada di sebelah Syed Adam. Dan mereka sedang berpelukan. Sha terkejut. Hatinya berdebar tiba-tiba. "Sha!" panggil Mak Kiah dari luar bilik. Sha tersentak. Dia meletakkan kembali frame tersebut di tempat asalnya. Fikirannya agak terganggu. Sha keluar dari bilik Syed Adam dengan penuh tanda tanya. Siapa perempuan tu? Kenapa dia peluk Syed Adam? Setahu aku datin tak ada anak perempuan. Dan kenapa pelukan mereka nampak sangat mesra? Apa hubungan mereka berdua?

"Mak Kiah panggil Sha ka?" soal Sha.

"Ya. Mak Kiah nak pergi angkat baju kejap sebab takut hujan nanti. Langit dah mendung tu. Mak Kiah nak minta kamu tolong kemaskan bilik Tuan Khairul kejap. Mak Kiah dah kemaskan separuh cuma bilik kerjanya sahaja belum. Boleh kamu tolong Mak Kiah?"

Bilik Syed Khairul? Sha agak risau. Tapi tetap juga mengangguk. Kesian pula dekat Mak Kiah kena buat kerja ni semuanya sendiri. "Kalau macam tu biar Sha ja yang tolong kemas bilik Encik Khairul. Mak Kiah turun la angkat baju. Nanti takut basah pula. Hujan dah menitik tu rasanya," ujar Sha lembut. 

Pintu bilik Syed Khairul diketuk walaupun dia tahu yang tuan bilik tak ada di rumah. Perlahan-lahan dia menguak pintu bilik tersebut. Kepala menjengah separuh. Takut benar Sha mahu masuk dalam bilik Syed Khairul walaupun tiada sesiapa di dalam bilik itu.

Meja kerja Syed Khairul dikemas dengan teliti. Dia tak nak kertas-kertas kerjanya bercampur- aduk. Kemudian, Sha mengelap rak buku Syed Khairul yang agak berhabuk. Sedang dia mengelap, dia terlihat sebuah kotak yang  lusuh berada di atas rak tersebut. Dengan ketinggian Sha yang tidak seberapa itu Sha tetap berusaha mencapai kotak tersebut. Nampak macam kotak lama. Perlu dibuang rasanya. Mungkin Syed Khairul tidak perasan tentang kotak ini sebab ia seakan tersorok. Getus hati Sha.

Sebelum membuangnya, Sha terlebih dahulu membuka kotak tersebut. Rasa ingin tahu menebal. Ya la buatnya yang dibuang itu adalah proposal projek 10 juta macam mana? Tak ke naya?

Surat? Beberapa surat kecil yang berada di dalam kotak tersebut diambil. Warna macam dah nak kabur. Surat apa ni? Sha membuka salah satu surat tersebut. Isi kandungan dibaca perlahan.

'I learned that things don't always turn out the way we planned, or the way we think we should. And I've learned that there are things that go wrong. I've learned that some broken things stay broken, and I've learned that we can get through bad times and keep looking for better ones, as long as you have people who love you.'

-Daisy-

Sha terkejut maha hebat. Mulut ditutup rapat. Tangannya mula menggeletar. Surat ni...dia tidak puas hati. Dibaca lagi sepucuk surat yang terlipat sedikit.

'Congrats about earlier. May you won in final. Best of luck.'

-Daisy-

Zap! Sha tergamam. Surat terakhir yang dibacanya jatuh menyembah lantai. Ya Allah...apakah betul yang dilihatnya sekarang ni? Surat ini adalah surat....Sha memerhati nama penulis tersebut. Daisy? Tulisan ini! Tak...tak mungkin! Sha menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Sha!" jeritan kuat itu menyedarkan lamunan Sha. Dia memandang ke arah suara keras tersebut. Syed Khairul! Anak matanya bergetar. Terkedu tak terkata dia memandang Syed Khairul. Seluruh badannya mula menggigil. 

Syed Khairul yang baru sahaja pulang dari kerjanya terus ke bilik untuk berehat. Namun, tidak disangkanya terlihat Sha di dalam bilik kerjanya sedang memegang beberapa pucuk surat. Mata dikecilkan untuk melihat surat itu. Dia tersentak. Kenapa perempuan tu pegang surat tu?

"Eh, perempuan! Apa yang kau buat dalam bilik aku ha?" tanya Syed Khairul dengan bengis. Mak Kiah yang berada di ruang tamu bawah terkejut mendengar jeritan tersebut. Dia segera berlari ke arah suara tersebut.

Syed Khairul jalan mendekati Sha apabila Sha tidak menjawab pertanyaannya.  "Aku tanya ni apa yang kau buat dekat bilik aku ha? Kau dah pekak ka?" Bisa Syed Khairul menyoal. Sha terkedu. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Kenapa surat-surat ni boleh ada dekat kau? Macam mana kau boleh ambil surat-surat ni ha?" Matanya dijegil ke arah Sha. Terpampang muka Syed Khairul yang sangat berang. Urat hijau di sekitar tengkuknya kelihatan. Sha tak berani untuk bertentangan mata dengan Syed Khairul. Lantai bilik dipandang rasa takut. 

"Sa..sa...saya minta maaf. Salah saya. Saya betul betul minta maaf." jawab Sha tersekat-sekat. Nada mulai sebak. Jari jemari sudah terketar-ketar.

"Minta maaf? Eh, even mak dengan ayah aku pun tak pernah nak sentuh barang-barang aku. Kau siapa ha nak sentuh barang-barang aku?" bentak Syed Khairul lagi.

"Tuan Khairul?" panggil Mak Kiah. Dia memandang ke arah Sha yang menundukkan wajahnya. Mak Kiah mula rasa bersalah. Dia segera mendapatkan Sha yang sudah menangis. "Mak Kiah minta maaf, tuan. Mak Kiah yang suruh Sha kemas bilik kamu ni. Sebab Mak Kiah ada kerja lain tadi. Mak Kiah betul betul minta maaf,"

"Habis tu kalau ya pun dia nak kemas bilik saya. Tak perlu la sampai nak selongkar barang-barang saya." ujar Syed Khairul kalini agak bertenang. Marah tetap marah tapi hormat kena hormat. 

"Saya minta maaf. Saya janji saya takkan buat macam tu lagi." balas Sha perlahan. Kepala ditundukkan lagi. Sedaya upaya tidak mahu memandang mata garang itu. Tanpa menunggu masa, kaki melangkah laju ke bilik tidurnya. Pintu bilik dikunci. 

'How...ma...macam mana...Ke..kenapa surat tu boleh ada dekat dia? Badan disandarkan di balik pintu. Perlahan-lahan rebah ke lantai. 


Hi readers, iris! So far okay tak mcm ni? Jangan letak high expectations tau. Kitenye baru lagi. Kalau senang senang jangan lupa vote and comment. Hehe! Thank you, irisxz!

7 Jejaka Idaman|OGWhere stories live. Discover now