𝑒𝑝𝑖𝑙𝑜𝑔

2.7K 85 13
                                    

Lapan tahun sudah pun berlalu. Kaki nya melangkah keluar dari pagar besi itu, udara pagi dihirup sampai ke paru-paru, dingin. Hujan turun sekejap tadi, namun sekarang sudah mulai reda.

Mata nya melilau memandang ke kiri dan kanan.

Lapan tahun.

Lapan tahun bukan waktu yang sekejap, selama itu dia terkurung disebalik jeriji besi. Yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa setiap hari semoga orang-orang yang dia sayang sentiasa dilindungi tuhan.

Hanya itu yang dia mahu.

Sebuah kereta berhenti tepat di hadapan nya saat dia baru mula melangkah. Cermin kereta itu turun, terlihat wajah si pemandu yang mengangkat sebelah kening.

"Need a ride?"

***

"How's life?"

Tanya Raid pada Troye.

"Semakin sibuk."

"Kau dah pandai cakap melayu?"

"8 tahun bro kau kat dalam.. Banyak benda dah aku belajar kat luar ni."

Raid mengoyak senyum. Lantas memalingkan wajah ke tepi tingkap yang terbuka itu, angin menderu masuk menerbangkan rambut nya.

Agaknya apa khabar mereka?

"Mikaila dan Jay dah kahwin."

Kata Troye tiba-tiba.

"Baguslah, Mikaila memang dah lama simpan perasaan pada Jay.. Jay saja terkadang tak perasan."

"Aku tugaskan diorang di Itali."

"Kau masih jalankan bisnes gelap lagi?"

Troye menarik nafas panjang lalu mencuri pandang ke arah Raid sekejap.

"Tak. Lepas kau masuk dalam, aku dah cuci tangan. Bisnes keluarga kita dah bersih sekarang, itu yang kau nak kan?"

"Terima kasih sebab kau dah pegang amanat kau dengan baik."

Troye memberhentikan kereta tepat di hadapan vila.

Vila milik Raid.

"Kenapa kau berhenti kat sini?"

Troye pandang Raid.

"Ini kan rumah kau. Takkan aku nak berhentikan kau kat hospital bahagia pula?"

Troye turut sama memandang arah yang Raid pandang. Halaman vila terlihat sangat kemas.

"Masuklah, Raid.. Ada yang tengah tunggu kau kat dalam."

Raid tunduk.

"Bawa aku ke hotel. Aku dah bagi vila ni pada dia, aku dah tak ada hak kat vila ni lagi."

"8 tahun dia tunggu kau. Jangan buat kesilapan yang sama lagi, Raid."

"Aku tak suruh pun dia tunggu aku."

***

"Maya dah tidur?"

RAID ARSELWhere stories live. Discover now