𝑏𝑎𝑏 66

1.7K 40 0
                                    

"Dah call dia?"

Arsel meletakkan telefon pintar itu di atas meja lantas berpaling menghadap Ariz.

"Tapi Arsel tak pasti yang dia akan datang.."

"Dia akan datang."

Tan sri Moktar bangun dari kerusi. Sambil menimang-nimpang pistol di tangan kanan nya. Sebuah pisau berukuran kecil pula yang dibawa nya sejak tadi diserahkan kepada Arsel.

Arsel terpinga-pinga melihat pisau itu. Tan sri Moktar mengangkat sebelah kening.

Bodoh.

"Kenapa? Kamu tak jadi nak bunuh Raid? Bukan itu yang kamu nak? Sekarang pegang pisau ni.. Sebab sekejap lagi kamu yang akan tikam dia dengan pisau ni macam apa yang uncle rancangkan.."

Arsel kesal. Entah mengapa mendengar arahan daripada tan sri Moktar membuatkan nya tak ingin melakukan itu.

"Ambil.."

Tan sri Moktar meletakkan pisau itu di atas meja. Arsel mengetap bibir lantas mencapai pisau itu.

Betul ke dia akan lakukan ini?

Ini ke yang dia mahukan?

Ariz yang berada di sisi Arsel mengusap lengan Arsel perlahan. Ariz tahu ini tak mudah dilakukan, dia tahu juga yang Arsel takkan sanggup lakukan ini. Tapi.. Peluang seperti ini tidak akan datang untuk kali yang kedua.

Mereka harus mengambil peluang ini secepat yang boleh sebelum semuanya berlalu begitu sahaja.

"Ar.. Arsel kena buat ke semua ni, abang?"

"I know you can do this.."

Balas Ariz lembut. Cuba untuk meyakinkan Arsel.

***

Raid sudah sampai di kordinat yang di terima nya melalui Ariz. Mengikut apa yang tan sri Moktar minta, Raid harus datang seorang diri sahaja tanpa membawa sesiapa.

Raid turun dari kereta dan masuk ke dalam bangunan usang itu. Terlihat di tengah bangunan yang sudah runtuh separuh itu, Arsel. Anak perempuan Mustafa sedang terduduk di atas kerusi plastik memandang ke arah nya.

Spontan Raid melihat kiri dan juga kanan. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ, baru lah kakinya melangkah mendekati Arsel.

Benda pertama yang dia lakukan adalah melihat jika Arsel diikat atau ada cedera di mana-mana. Setelah memastikan yang Arsel baik-baik sahaja. Raid terus melutut di hadapan Arsel.

Rapat.

Kedua tangan Raid melekap pada lutut Arsel.

"Kenapa kau buat macam ni?"

Itu yang terpacu keluar dari mulut Raid setelah lama mendiamkan diri. Wajah nya masih ditundukkan.

"Kalau jadi apa-apa dengan baby kita macam mana?"

Raid angkat wajah. Dia memandang tepat ke wajah Arsel.

Wajah yang sangat dia rindui. Kalau ikutkan perasaan, mahu saja dia memeluk tubuh itu sekarang, tapi.. Dia tahu, dia tak ada hak untuk berbuat sedemikian.

"Awak dah tahu kan tentang saya? Siapa saya? Awak dah tahu semuanya sejak awal kan?"

Arsel juga menatap terus ke dalam mata Raid.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now