𝑏𝑎𝑏 34

1.9K 112 16
                                    

"Dah siap?"

Mikayla masuk ke dalam bilik Arsel. Pandangan matanya jatuh pada Arsel yang sedang duduk mematung di atas katil. Mikayla menggaru tengkuk yang tak gatal lantas mengambil tempat di sebelah Arsel.

Tak tahu nak mula dari mana. Mikayla berdehem.

"Awak okay?"

Angguk.

"Dah siap?"

Angguk.

Mikayla tersenyum nipis.

"Sekejap lagi tuan Raid akan sampai."

Arsel pandang Mikayla. Pandangan mata mereka bertemu.

"Ke mana tuan Raid nak bawa saya?"

"Saya pun tak tahu, Mya.. But don't worry, tuan Raid takkan buat hal yang bukan-bukan pada awak. Trust me, okay?"

Belakang badan Arsel di usap.

Sebenarnya Mikayla pun tak tahu apa yang tuan Raid rancangkan. Sifat dan layanan tuan Raid tiba-tiba berubah dengan cepat.

Sebenarnya ada apa-apa ke yang Mya dah buat?

Mikayla berdialog sendiri di dalam hati.

Jika dia tanya pada Jay, apa sahaja yang lelaki tu tahu? Jay juga takkan beritahu apa-apa pada Mikayla.

Atau Jay pun tak sedar yang tuan Raid sedikit berubah?

Kedengaran ketukan di pintu. Mikayla tersedar dari lamunan panjang nya, dia mendapati Arsel sudah berdiri daripada duduk.

Cepat-cepat Mikayla pergi ke arah pintu. Tombol pintu di pulas, terlihat wajah tuan Raid yang sedang tegak berdiri dengan air muka yang tenang.

Mikayla menelan air liur yang terasa berpasir, tersekat di kerongkong.

"Er.. Tuan Raid.."

"Mya dah siap?"

"Dah, tuan.." Mikayla melirik Arsel yang masih berdiri mematung. Wait a minute. "Er. Belum lagi, tuan." Segera Mikayla berdalih.

Ruang pintu yang sedikit terbuka itu di tutup menggunakan badan. Menghalang tuan Raid daripada melihat.

Raid kerutkan kening. Namun lelaki itu tak banyak soal.

"Tolong ajar dia cara untuk menepati masa. Aku tak suka menunggu."

"Baik. Maaf tuan Raid.."

"Aku bagi masa tiga minit.." Raid mengerling jam di pergelangan tangan nya. "Kalau dia tak siap juga, aku yang akan siapkan dia. Faham?"

"Faham, tuan.."

Mikayla tunduk memandang lantai.

Raid beredar dari hadapan pintu. Sebaik sahaja batang tubuh lelaki itu tidak kelihatan, cepat-cepat Mikayla menutup pintu itu semula rapat-rapat.

Mikayla berlari anak mendapatkan Arsel.

Kedua bahu Arsel di sentuh lembut.

"Mya. Saya nak awak dengar dan ikut saja semua arahan tuan Raid baik-baik ya?"

Arsel terpinga-pinga. Seakan tak faham.

"I know it's hard for you. But please, saya nak awak tetap bertahan, sampai.." Mikayla jeda.

"Sampai apa?"

Arsel membuat isyarat tangan.

Mikayla ketap bibir. Tubuh Arsel yang hanya separas bahu nya itu di peluk erat.

RAID ARSELNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ