𝑏𝑎𝑏 29

2.1K 119 8
                                    

Di hadapan rumah agam itu, Lisa menunggu dengan sabar. Sebaik sahaja pintu utama rumah agam itu terbuka, Lisa memaniskan muka. Terlihat seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an muncul di sebalik pintu.

"Yes? Anything I can help you?"

"Um.. I'm Lisa."

Dahi lelaki itu berkerut.

"Lisa?"

"Yes. Lisa, kawan Raid."

"Tuan Raid?" Lelaki itu pandang kiri dan kanan. "Tuan Raid tak ada kat sini sekarang cik Lisa."

Lisa senyum, erat mengenggam tas tangan miliknya.

"I know. I tak datang nak jumpa dia. I datang nak jumpa madame Salia."

***

Mohsin membuka pintu sebaik sahaja Ariz dan Ikmal sampai. Ariz dan Ikmal berpandangan, Ikmal angguk perlahan menyuruh Ariz masuk dahulu. Teragak-agak Ariz masuk, duduk di atas kerusi berhadapan dengan Mohsin.

Ini entah kali yang ke berapa.

"Kawan kamu tu tak ikut masuk sekali?"

"Tak." Ariz pandang sekeliling rumah kayu itu sebelum kembali fokus pada Mohsin. "Dia bagi saya ruang untuk bercakap dengan pakcik Mohsin."

"Panggil pak ngah."

"Hm?" Antara dengar dengan tak dengar, Ariz menyoal.

"Jangan panggil pakcik Mohsin, panggil pak ngah."

Ariz diam sahaja.

"Terima kasih sebab sudi datang lagi ke sini."

"Tak apa, pak.. Ngah. Saya datang ni pun sebab.. Pak ngah tau kan?"

Mohsin tersenyum nipis. Terlalu banyak hal yang perlu diungkapkan. Dia tak pasti harus mula dari mana.

"Ya, pak ngah tau. Mula-mula sekali, Ariz.. Pak ngah nak minta maaf."

Kening Ariz berkerut.

"Untuk apa?"

"Pak ngah bukan ayah kandung kamu. Kalau itu yang kamu fikir selama ni."

Seluruh tubuh Ariz bagaikan terkaku. Bukan? Kalau macam tu Ikmal salah?

"Pak ngah memang tak kenal budak lelaki dalam gambar tu?"

Mohsin menarik nafas panjang-panjang. Redup matanya memandang Ariz.

"Siapa dalam gambar tu, Ariz?"

Mohsin berbalik menyoal.

Ariz tunduk.

Hanya itu gambar yang ada, hanya gambar itu yang tuan Mustafa berikan kepada nya.

Tiada yang lain.

"Jawab soalan pak ngah.. Ariz dalam gambar tu?"

"Ya. Saya dalam gambar tu. Hanya itu satu-satunya gambar yang ada.."

"Tak ada ingatan yang lain?"

RAID ARSELDär berättelser lever. Upptäck nu