𝑏𝑎𝑏 65

1.3K 29 2
                                    

"I minta maaf.."

Lisa tunduk. Hari ini dia memberanikan diri bertemu Raid. Ada sesuatu yang perlu dia katakan pada lelaki itu.

"I.. I dah penat kejar you selama ni, Raid.."

Nada suaranya kedengaran sayu. Bibirnya diketap, cuba menahan sebak. Ya.. Dia sudah berputus asa untuk mengejar Raid.

Mungkin bukan ditakdirkan dia untuk bersama dengan lelaki ini. Lisa akan mulakan hidup baru.

Dia akan pergi dari Malaysia.

Awal nya Raid yang baru pulang dari pejabat terkejut apabila mendapati kereta Lisa berada di luar perkarangan vila nya. Rupanya Lisa sudah lama menunggu Raid sejak pagi tadi.

"I.. I harap you happy dengan kehidupan baru you dengan your wife."

Lisa tersenyum kelat.

"You tahu I dah kahwin?"

"I know everything about you, Raid.. But now I guess it's time for me to stop.. Terima kasih atas semua yang telah you berikan pada I. I takkan mampu balas budi you from the day one kita jumpa."

"I tak pernah minta balasan atas apa yang I dah buat untuk you, Lisa.. You need my help that time."

"You memang baik, Raid.. I saja yang selalu buat mood you tak okay, I sedar semua tu.."

Lisa tunduk bermain dengan jari sendiri.

"I dengar dari Jay. You dah resigned. Betul ke?"

"Ya. I akan berpindah ke Melbourne. I nak mulakan hidup baru kat sana."

Raid terdiam.

Lisa di hadapan nya kini betul-betul berbeza dengan Lisa yang dia kenal sebelum ni. Totally different.

"I datang ni pun sebab I nak minta maaf pada you.. Dan nak ucap selamat tinggal.."

Namun lain daripada pandangan Arsel. Dari jauh Arsel mengamati Raid dan Lisa di luar perkarangan vila. Hari ini dia sepatutnya bertemu dengan Raid, namun setelah melihat pemandangan itu.. Hatinya jadi sakit.

Tiga bulan.

Berilah masa bertahun-tahun pun.

Mikaila tipu, Raid tak pernah berubah sikit pun.

Sepatutnya dia dengar cakap Ariz sebelum ke sini tadi. Ariz ada berpesan pada nya supaya jangan bertemu Raid. Ternyata Raid sudah bertemu perempuan itu semula.

Arsel mengesat air mata yang mengalir di pipi nya.

Dia salah sekejap kerana berharap Raid sudah berubah.

Perut nya diusap.

Mungkin hanya kita saja, sayang.

***

"Arsel darimana?"

Ariz berdiri sebaik sahaja melihat Arsel yang sudah pulang itu. Dia kembali ke vila tadi dengan mendapati ketiadaan Arsel. Puas dihubungi namun tiada jawapan daripada Arsel membuatkan Ariz sudah berfikir macam-macam.

Arsel senyum kelat lalu duduk di atas sofa.

"Kenapa abang call tak angkat? Dan kenapa keluar tak bagitahu abang?"

"Arsel okay lah abang.. Arsel jumpa Mikaila tadi."

"Bohong. Abang baru call dia, dia cakap Arsel tak ada pun di sana.."

RAID ARSELWhere stories live. Discover now