𝑏𝑎𝑏 35

1.9K 104 1
                                    

"You hate me so damn much, right?"

Quite the opposite.

"Jay.."

5 tahun dulu.

Semua orang kenal siapa Jay. Nobody dare to messed with him. Jay ibarat bayang-bayang tuan Raid. Dimana sahaja Raid ada, di situ Jay juga ada. Menghabisi setiap orang yang cuba mendekati Raid. Tiada yang berani menyentuh Raid kerana Jay.

Merasa terhutang budi dengan keluarga Raid, yang menyelamatkan Jay daripada hidup yang menderita di dalam rumah anak yatim membuatkan Jay tekad untuk membalas budi, Jay tak punya apa-apa, tak berharta juga tak ada pangkat dan nama. Yang dia ada cuma satu kelebihan. Dan dengan kelebihan itu lah dia membuktikan yang bantuan yang telah keluarga Raid hulurkan pada nya tak akan tersia.

"Ada apa, tuan Raid?"

"I need your help."

"Yes. Apa-apa sahaja. Saya akan cuba semampu saya, tuan Raid."

"Lorong nombor 9. Aku nak kau cari perempuan bernama Cassandra dekat situ, aku nak kau habiskan perempuan tu hari ini juga."

Kerana misi itu. Misi yang mempertemukan Jay dan Mikayla.

"Mana duit yang aku nak tu?!"

"Tak ada, makcik.. Harini jualan tisu tak berapa nak laku sangat."

Gadis berambut pendek itu menunduk. Seakan bersedia dimarahi perempuan yang bermuka bengis di hadapan nya itu.

Dari tadi Jay memerhati.

"Habis kita nak makan apa malam ni kalau tak ada duit?! Kau ni memang menyusahkan aku je!"

Bahu gadis berambut pendek itu di tarik. Di tolak ke dinding. Tubuh kurus kering itu hanya mampu meringkuk kesakitan. Tubuh nya lebam-lebam.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now