𝑏𝑎𝑏 36

2K 120 0
                                    

"Ariz.."

Tiada sahutan. Ikmal mulai bengang. Ariz ni dekat luar pun dia boleh pula mengelamun.

"Oi, riz.."

"Ha?"

Ariz memandang kereta hitam itu lama. Entah mengapa ada sesuatu yang menarik perhatian nya pada kereta itu.

Weird.

Seakan kata hatinya menyuruh dia untuk ke sana.

"Mengelamun apa kau ni? Dah sampai ke bulan?"

"Tak Mal, kau. Kau nampak tak kereta tu?"

"Kereta mana?"

Daripada celahan orang ramai. Ariz menunjuk sebuah kereta berwarna hitam pekat. Terparking tidak jauh di hadapan cafe.

Mata Ikmal memincing.

"Kenapa dengan kereta tu?"

"Aku rasa something la dengan kereta tu.."

"Perasaan kau je tu."

"Maybe.."

Ariz tunduk. Memandang coffee nya yang masih berasap di atas meja.

"Kau dah siap? Kita nak gerak lagi dua minit ni."

Tanya Ikmal. Dirinya yang sudah habis bersarapan mengingatkan Ariz tujuan asal mereka ke sini.

Memandangkan Ariz sekarang susah nak fokus, dan selalu terlupa dan mudah lalai.

Tak macam Ariz yang Ikmal kenal dua tahun dulu.

Ariz tersenyum nipis.

"Kau pergi dulu. Biar aku bayar."

"Cantik. Aku tunggu kau dalam kereta okay?"

Ikmal sudah berdiri dari kerusi. Bersedia untuk menuju ke tempat dia meletakkan kereta nya awal tadi.

"Okay."

Balas Ariz pendek.

Ikmal mengangguk lantas mencapai handphone nya di atas meja. Dan beredar meninggalkan Ariz.

***

"What the fuck you're trying to do?!"

Raid menekankan suara nya pada Arsel. Sebelah tangan nya mengenggam kuat pergelangan tangan Arsel.

Gadis itu merintih.

"Kau cuba nak lari?"

Tanya Raid sekali lagi.

Arsel cuba untuk menepis tangan Raid, tetapi kekuatan wanita takkan mampu menandingi kekuatan lelaki. Arsel menikus, nafas nya terasa sesak, apalagi Raid semakin menindih tubuh kecil Arsel.

"Fuck!"

Sumpah Raid.

Kesal apabila Arsel hanya merelakan apa yang Raid lakukan pada nya. Sedikitpun Arsel tak melawan, seakan-akan menjawab soalan Raid sebentar tadi.

Arsel memang nak lari.

Terdengar ketukan pada cermin tingkap. Ketukan pada cermin tingkap kereta itu kedengaran jelas.

Arsel angkat kepala.

***

Setelah melakukan pembayaran di kaunter. Tanpa berlengah, Ariz terus sahaja keluar daripada cafe itu. Ariz tak terus menuju ke tempat Ikmal meletakkan keretanya.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now