𝑏𝑎𝑏 59

860 28 4
                                    

Tenat.

Zahra dah tenat.

Ariz duduk di sisi katil ibunya. Tangan Zahra digenggam erat.

Allah.

Adakah dia akan kehilangan ibunya?

Doktor beritahu yang penyakit ibunya sudah semakin teruk. Zahra sudah tak mampu bertahan dengan ubat sahaja, tubuh tua nya sudah semakin lemah.

"A.. Riz.."

Ariz terkejut.

Zahra memanggil namanya. Segera dia letakkan tangan ibunya ke pipi. Tubir mata Ariz terasa pedih.

"Ibu.. Ini Ariz anak ibu.."

Walaupun sudah kelihatan payah, Zahra masih mencuba untuk mengukir senyuman untuk Ariz. Tubir matanya sudah basah dengan air mata.

"Maaf.. Maafkan ibu nak."

Air mata Ariz tumpah juga akhirnya.

"Maafkan ibu sebab tak mampu nak lindungi kamu dari lelaki yang kejam dan tak guna tu.."

"Ibu.. Ibu cakap apa ni bu?"

"Ayah kamu.. Ayah kamu yang buang kamu.. Ibu bukan isteri sah dia, dia tak perdulikan kita.. Dia hanya perdulikan keluarga kaya raya nya itu.."

Ayah?

Zahra teresak-esak.

Jika ini adalah saat terakhirnya. Dia harus memberitahu semua rahsia yang selama ini dia simpan kepada Ariz. Ariz berhak untuk tahu semua kebenaran nya.

Walaupun pahit, kepahitan inilah yang Zahra telan selama ini. Semuanya dia tanggung sendirian.

"Siapa ayah saya, ibu?"

"Ayah kamu masih hidup.. Tapi sudah tak perdulikan kita lagi, buktinya, dia dah buang kita dari hidupnya.. Dia sanggup buang anak kandung nya sendiri.."

"Ayah dekat mana ibu? Ariz akan cari ayah.. Ariz akan bawa ayah jumpa dengan ibu.. Masih belum terlambat lagi ibu, kalau Ariz boleh cari ibu, takkan Ariz tak boleh cari ayah."

Ariz mengusap pipi Zahra lembut. Cuba menenangkan ibu nya yang dari tadi teresak-esak itu.

Mendengar itu Zahra mengeleng. Tidak.. Lelaki yang tak berhati perut seperti itu takkan mahu menemui mereka! Lelaki itu sepatutnya mati saja!

"Ibu tak nak tengok muka dia. Sampai mati pun ibu takkan maafkan dia.."

"Tapi kenapa bu?"

"Ayah.. Ayah kamu nama dia Moktar.."

Zahra menarik nafas.

Moktar?

"Tan sri Moktar?"

Tanya nya semula meminta kepastian. Tak mungkin tan sri Moktar kan? Tak mungkin lelaki itu ayah nya?

Zahra mengangguk.

"Ya.. Dia ayah kandung kamu.."

Ariz terkejut.

"Mustafa.. Mustafa yang jaga kamu atas permintaan ibu.. Sebab ayah kamu tak benarkan ibu jaga kamu, dia tak mengaku kamu anak dia.. Kaki ni.."

Zahra memukul-mukul kakinya. Ariz tersedar lantas menghalang.

"Moktar yang tembak kaki ni.. Ibu lumpuh sebab dia.. Ibu sakit sebab dia!"

Allah.

Kenapa tan sri Moktar buat semua ni? Kenapa tan sri Moktar sanggup buat semua tu pada Zahra?

"Ib.. Ibu tahu Mustafa dah tak ada.. Ibu dapat firasat yang kamu akan cari ibu semula.."

"Ya.. Tuan Mustafa dah tak ada ibu.. Dan ya, Ariz memang dah lama cari ibu."

RAID ARSELWhere stories live. Discover now