𝑏𝑎𝑏 58

888 37 3
                                    

Pagi tadi Zahra baik-baik sahaja. Namun selepas makan tengahari, nafasnya tiba-tiba sesak. Dirinya yang hanya mampu berbaring di atas katil itu terlihat sukar untuk bernafas. Mendapat panggilan dari Safia, Ariz bergegas menyusul ke hospital.

Ariz yang ingin masuk ke dalam bilik rawatan dihalang oleh Mohsin. Tangan Ariz ditarik, dibawa duduk.

"Ma.. Macam mana dengan ibu, pakcik Mohsin?"

"Tenang Ariz. Zahra sedang dirawat oleh doktor di dalam. Belum boleh masuk lagi."

Jawab Mohsin tenang.

"Apa yang sebenarnya dah jadi?"

"Panjang ceritanya.. Kita tunggu ibu kamu stabil dulu, katanya ada benda penting dia nak cakap pada kamu."

"Ibu.. Ibu ingat ke pada saya?"

Beberapa tahun ini Zahra tidak mengingat Ariz sama sekali. Apabila di ajak untuk berbicara, Zahra hanya diam membatukan diri.

Tiba-tiba Mohsin cakap yang Zahra sudah ingat pada anaknya Ariz yang lama hilang?

Tidak mungkin.

Ariz mengeleng.

"Tak mungkin ibu ingat pada saya.. Pakcik.."

Kendur sahaja nada suaranya.

"Abang.. Makcik sebut nama abang pagi tadi, katanya dia rindu pada abang."

Safia yang duduk tidak jauh dari mereka menyampuk. Ariz meraup wajah.

Betul ke? Betul ke ibu nya sudah ingat pada dirinya?

Anak yang terbuang.

"Sekarang kamu tenangkan diri dulu. Semoga ibu kamu baik-baik saja. Sabar ya Ariz.."

Mohsin cuba menenangkan Ariz. Wajah Ariz yang saling tak tumpah seperti ibunya itu membuatkan Mohsin dilanda sebak.

Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Zahra setelah kehilangan anaknya. Tak tahu rasanya bagaimana jika berada di tempat Zahra.

Banyak yang sudah wanita itu lalui selama ini. Hidup nya sudah cukup menderita.

***

"You buat apa kat sini?"

Arsel pandang kiri-kanan. Ivan muncul entah darimana. Datang ke vila Raid dengan pakaian yang tak terurus. Ivan terlihat kusut, melihat sahaja wajah Arsel yang membukakan pintu, senyuman terus terukir di wajah itu.

"I.. I miss you."

Ivan menarik lengan Arsel.

Arsel terkejut dengan perlakuan Ivan lantas menarik tangan nya semula daripada lelaki itu.

Air muka Ivan berubah.

"I call you.. I mesej you, kenapa you tak balas?"

"Ivan.. You dah gila ke?!"

"You tukar nombor kan? Kenapa you tak bagitahu I?"

Ya. Arsel sudah menukar nombor telefon nya tanpa pengetahuan Ivan, ini semua atas arahan yang diberikan oleh tan sri Moktar.

"Kenapa pula I kena bagitahu you? You siapa?"

Sudah beberapa lama Arsel menjauhkan diri dari Ivan setiap kali mereka bertemu tanpa sengaja. Arsel betul-betul menghindar daripada lelaki itu.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now