𝑏𝑎𝑏 9

2.7K 106 8
                                    

I thought I lost you but you were never really there.

Malaysia.

Ariz menarik nafas panjang. Jam dipergelangan tangan nya dilihat sekejap, sebelum Ariz angkat kepala tegak pandang ke hadapan. Sebuah rumah kayu tua yang sudah kelihatan nazak menjamah pandangan mata Ariz.

Kelihatan seorang lelaki tua tercongok di sebalik rimbunan pokok-pokok bunga. Tak berlengah, Ariz menuju ke arah lelaki itu. Ariz berdehem, cuba menarik perhatian. Lelaki tua itu angkat kepala, kening nya berkerut memandang Ariz.

"Assalamualaikum pakcik.."

Ariz hulur tangan.

Lelaki tua itu mengelap tangan nya yang sedikit kotor dengan tanah ke seluar. Sebelum menghulur tangan membalas salam Ariz.

"Waalaikumsalam.. Anak ni cari siapa?"

Lelaki tua itu bertanya sebaik sahaja tangan mereka terlerai. Lelaki tua itu cuba-cuba menoleh ke arah kereta Ariz yang berada dipinggir jalan.

Ariz senyum. Sekali lagi dia pandang rumah tua itu, sebelum beralih pada lelaki di hadapan nya ini.

"Maaflah menggangu pakcik.."

Ariz berbasa-basi.

"Eh.. Tak adalah ganggu sangat pun. Anak ni.." Jeda, wajah Ariz ditelek lelaki itu lama sebelum dia menyambung ayatnya yang tergendala sebentar tadi. "Tak pernah nampak pun kat sini sebelum ni.."

"Memang tak pernah nampak pun pakcik. Saya bukan orang sini. Saya datang ni sebab ada hal, ada benda yang saya nak tanya pada pakcik memandangkan hanya ada pakcik je kat sini.."

"Macam mustahak saja bunyi nya."

Lelaki tua itu tersenyum nipis. Hangat matahari memancar garang, menyalai kepala.

"Nampaknya macam tu lah, pakcik."

"Marilah kita duduk dulu."

Lelaki tua itu membawa Ariz duduk atas bangku kayu yang tidak jauh daripada mereka, Ariz membuntuti tingkah lelaki tua itu.

Punggung bertemu bangku.

"Ha.. Anak ni siapa nama?"

"Nama saya Ariz, pakcik."

"Oh.. Ariz, segak benar nama kamu.."

Puji lelaki tua itu. Dan Ariz hanya membalas dengan senyuman kecil.

"Pakcik.. Kalau pakcik tak keberatan, boleh saya tahu siapa pemilik asal rumah ni?"

Lelaki tua itu terdiam. Mata nya memandang rumah tua itu lama. Seperti soalan daripada Ariz sangat sukar untuk dijawab, itu membuatkan Ariz semakin penasaran.

"Kalau pakcik tak nak bagitahu takpa.. Saya takkan paksa."

Lelaki tua itu menunduk. Mereka berdiam cukup lama sebelum kesunyian dipecahkan dengan jeritan dari atas rumah.

***

"คืนหนึ่งราคาเท่าไหร่?"
"Berapa satu malam?"

Pandangan kak Ti beralih pada Arsel yang sedang teresak-esak itu sebelum kembali semula pada empat orang lelaki di hadapan nya.

Kak Ti serba-salah.

"แต่คุณต้องสัญญากับฉันว่าจะไม่เจ็บ."
"Tapi kau mesti janji pada aku, jangan sampai dia terluka."

RAID ARSELWhere stories live. Discover now