𝑏𝑎𝑏 38

1.6K 71 3
                                    

It's been awhile,

Ariz diam memandang surat bersampul kemas di atas meja. Bohonglah kalau dia belum baca apa isi surat itu, Ariz sudah membaca kesemuanya beberapa minit yang lepas.

Sedikit memeranjatkan, tapi sepatutnya dari awal dia sudah boleh mengagak, titik awal dimana semua ini bermula.

Sedikit kesal kerana hint yang ada selama ini dia cuba abaikan, namun kehadiran surat ini secara misterius, meleraikan sedikit tali yang membelenggu fikiran Ariz.

Isi surat itu mengatakan dengan jelas dimana Arsel, mengatakan dengan jelas keadaan Arsel, mengatakan dengan jelas apa yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan Arsel semula.

Namun Ariz tahu, ini bukanlah semudah menyusun kepingan puzzle. Ini lebih dari itu, lebih berbahaya, lebih rumit.

Arsel berada di dalam genggaman musuh tuan Mustafa. Kalau saja tuan Mustafa masih hidup, mungkin semua ini takkan terjadi, mungkin Arsel masih bersama mereka.

Ariz meraup wajah.

Nafas nya ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan.

Macam mana semua ni boleh jadi?

Surat itu dibuka kali entah untuk kali yang ke berapa, tarikh dan masa yang tertera di bahagian hujung kertas di tenung bagai nak tembus.

Jantung Ariz terasa bergoncang.

Meet me at the Sullivan Park,
03:00 AM.

Itu dia,

Patutkah Ariz menurut?

***

"Yes, he should."

Raid yang sedang duduk di atas kerusi, sambil kakinya berada di atas meja menjawab.

Kepulan asap daripada rokok yang dia hisap terlihat berkepul, kemudian memudar dan seterusnya hilang.

Lelaki berbahaya yang merokok.

"Apa yang tuan nak buat kalau dia munculkan diri?"

Raid smirk.

"Aku cuma nak.. You know, kenal-kenal, berborak."

Jay terdiam.

Agak pelik mendengar itu keluar dari bibir tuan Raid. Selalunya jawapan yang ada daripada lelaki itu adalah,

Just kill

Tapi sekarang.. Kenal-kenal? Berborak?

Jay tak salah dengar kan?

Raid melihat wajah sangsi Jay, Raid seakan tahu apa yang bermain di dalam fikiran Jay.

"Jay.."

"Ya tuan."

"If something happens to me, make sure that you'll be able to do the same thing like I did to this empire."

Kening Jay berkerut. Ini lagi satu hal yang dia tak faham.

Sebenarnya tuan Raid nak buat apa?

"I know it's hard for you to understand. And I'm also not in the mood to explain, just fucking promise me that you'll do everything I need, aku takkan bagi kau hard task kali ni."

RAID ARSELWhere stories live. Discover now