𝑏𝑎𝑏 22

2.2K 135 4
                                    

"Awak ingat saya akan jatuh cinta dengan awak?"

Mata nya berkaca-kaca.

"I will make you love me."

Dia mengeleng laju.

Mati hidup semula pun dia takkan jatuh cinta dengan lelaki ini. Dia lebih rela mati.

"Saya takkan jatuh cinta dengan awak. Saya tak kisah awak nak bunuh saya ataupun seksa saya. Hati saya tetap takkan berubah sikit pun untuk awak."

"Am I too bad in your eyes?"

Mimpi lagi.

Benda pertama yang Arsel lihat setelah sedar adalah kipas siling yang berputar ligat.

Benda kedua, Mikayla, yang tertidur duduk di sisi katil. Menyembamkan wajah di tepi Arsel. Arsel tenung jam yang melekap pada dinding.

Pukul 2 pagi.

Sekujur tubuh nya terasa ngilu. Segala imbasan tentang apa yang berlaku pagi tadi datang menjengah ke minda nya tanpa di pinta.

Tangan kiri nya yang terasa kebas di angkat.

Pergelangan tangan nya berbalut. Bahagian yang berbalut itu terasa paling ngilu di antara semua nya.

Arsel menghela nafas.

Mata nya terkedip-kedip masih memandang kipas siling yang tadi.

Setelah beberapa minit berkeadaan seperti itu. Arsel bangun, perlahan-lahan. Tidak ingin membuat pergerakan kasar yang akan membangunkan Mikayla.

Setelah berjaya duduk, Arsel membetulkan tudung yang tersarung di atas kepala nya. Kini dia mencuba untuk turun daripada katil sesenyap yang mungkin.

Mata nya tidak lari daripada Mikayla. Mikayla kelihatan tertidur pulas tak sedarkan diri.

Arsel menyarungkan selipar ke kaki. Mata nya terlihat tombol pintu bilik.

Entah kenapa, hari itu hati nya berteriak mahu keluar.

Dan ia.

Dia mendengarkan kata hati nya.

***

Pukul 3 pagi.

Pintu itu tidak berkunci.

Arsel memboloskan diri perlahan-lahan keluar daripada bilik tempat ia di 'kurung' selama ini. Sebaik sahaja tubuh nya selamat melepasi pintu itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Arsel menutup semula pintu bilik itu, seakan tidak meninggalkan sebarang jejak.

Dia memusingkan tubuh menghadap ke hadapan.

Mata nya menjamah sebuah lorong panjang ke hadapan. Rupa-rupanya bilik yang ia tempati ini di hubungkan melalui lorong itu.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now