𝑏𝑎𝑏 19

2.1K 114 2
                                    

Pagi-pagi lagi Lisa sudah bersiap dan memandu FORTWO SMART milik nya yang berwarna kelabu berkilat. Lisa menuju ke pejabat Raid yang dia tahu. Receptionist yang berjaga di hadapan pintu masuk mula nya agak sedikit sukar untuk membenarkan Lisa masuk.

"Cik tak boleh sembarangan masuk bilik bos, kami memang tak boleh izinkan cik. Kami minta maaf."

Jelas receptionist wanita itu kepada Lisa.

Lisa buat muka bosan.

Kaca mata hitam yang dia pakai di turunkan dari batang hidung. Mata nya memandang tajam ke arah receptionist wanita itu.

"You tahu tak I ni siapa?"

Wanita itu mengeleng.

"Panggil your bos sekarang kalau you nak tahu I siapa."

"Tak boleh cik.. Cik jangan buat kecoh kat sini."

"I nak jumpa Raid je, I bukan nya nak kacau kerja dia pun, lagi pun dia kenal I, and I know him well. So what's the problem?"

"Cik.. Ni bukan pasal cik kenal bos atau pun bos kenal cik. Ni tempat kerja cik, bukan nya rumah atau apa. Kami cuma nak jaga reputasi syarikat saja."

Lisa menahan sabar. Apa hal yang susah sangat?

Nak jumpa Raid je pun.

"You ni receptionist je tau kat sini, jangan nak berlagak sangat boleh?"

"Tapi cik.."

"Apa bising-bising ni?"

Jay muncul entah dari mana. Dua empat orang receptionist wanita itu tunduk hormat pada Jay apabila melihat lelaki itu hadir.

Jay pandang Lisa.

"Kau buat apa kat sini?"

"Jay.. Thank god you're here."

Lisa memaut lengan Jay. Lelaki itu hanya membiarkan. Beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka.

Lepas ni, banyaklah gossip murahan yang berlegar kat pejabat ni.

Jay dah dapat agak.

"Again I'm asking you, Lisa. Kau buat apa kat sini? Setahu aku, tuan Raid tak ada panggil kau datang kan?"

Lisa menarik lengan Jay ke suatu tempat yang sedikit tersorok sebelum melepaskan lengan lelaki itu yang tadi dia paut.

Lisa buat muka sedih.

"I.. I rindu Raid. I cuba call dia text dia, but dia selalu ignore I, dia busy sangat ke, Jay?"

"Kalau dah tuan Raid tak jawab call kau, text pun dia tak balas makna nya dia sibuk lah. Kau pun tahu kan tuan Raid tak suka main phone dia lama-lama?"

"I know but.."

"Kalau tak ada apa-apa lagi kau boleh balik. Jangan buat kecoh kat sini."

Jay memotong, tegas.

"Wait.."

"Apalagi?"

"Bawa I jumpa Raid please?"

"Kau dah gila ke Lisa? Kau nak tuan Raid marah?"

"I janji sekali ni je. Lepastu I akan sabar tunggu Raid call I. Please?"

Jay mengetap rahang.

Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan, Lisa juga yang selalu terhegeh pada Raid.

Tak ada perempuan yang lagi elok sikit?

"Aku kata tak boleh makna nya tak boleh lah."

Lisa mengentak heels nya ke lantai. Tangan nya mengepal penumbuk, geram dan sakit hati dengan receptionist tadi belum habis lagi, sekarang tambah bengang dengan Jay pula.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now