𝑏𝑎𝑏 51

1K 37 3
                                    

Langkah kaki Arsel di buntuti Ariz sehingga ke dapur. Selamba Arsel membancuh teh lalu bergerak ke meja makan. Arsel duduk di situ. Ariz menarik kerusi di hadapan Arsel. Hanya tan sri Moktar yang tahu tentang vila peninggalan tuan Mustafa ini. Setiap hujung minggu, Arsel akan ke sini, hari-hari biasa dia akan tinggal di rumah yang lain yang disediakan tan sri Moktar.

Cakap tentang tan sri Moktar, Ariz merasa bantuan yang diberikan oleh tan sri Moktar kepada mereka sudah terlalu banyak. Dia risau jika satu hari akan berlaku sesuatu dan Arsel harus bertanggungjawab ke atas semuanya.

Pelik dengan Ariz yang sejak tadi memerhatikan nya, kening Arsel berkerut.

"Are you okay?"

Tanyanya.

Ariz mengangguk perlahan.

"Abang okay.."

"Habistu? Why are you looking at me like that?"

"Arsel.. Abang merayu.."

Merayu?

Kenapa abang Ariz nak merayu?

Wajah Ariz kelihatan sunggul. Kelihatan stress dan tak bermaya. Oh.. Mungkin Arsel dah dapat tahu apa yang Ariz nak.

"Abang nak semua ni berhenti kan? Abang nak kita mengalah je dengan dia? Abang nak kita lupakan je semua apa yang dia dah buat pada arwah papa? Mungkin bagi abang benda tu senang.. Tapi tak.. Hati ni masih sakit lagi, sampai bila-bila pun benda ni takkan senang untuk dilupakan."

Nada suara Arsel bergetar. Bercakap mengenai ini, entah kenapa selalu sahaja mampu membuatkan nya lemah. Kerana dia terlalu menyayangi papa nya.

"Tapi abang tak nak tengok Arsel macam ni. Tahu tak macam mana abang tahan selama ni? Arsel ingat Arsel sorang yang rasa kehilangan? Arsel sorang yang kecewa? Yang sedih?"

"Apa.. Maksud abang?"

"Tolonglah.. Arsel dengarlah cakap abang.. Ini saja yang abang minta, abang nak lindungi Arsel, lupakan semua tentang dendam Arsel pada Raid. Kita mulakan hidup yang baru.. Itu yang abang nak masa abang dapat selamatkan Arsel dari Raid tiga tahun yang lepas."

Arsel memandang ke arah lain.

Sakit.

Kenapa abang Ariz tak faham? Kenapa abang Ariz tak berfikir macam yang Arsel fikir?

Kenapa?

"Abang ada family.."

Jeda. Arsel menyekah air mata yang mengalir di pipinya.

"Abang masih ada orang yang penting dalam hidup abang.. And me.. I only have myself.."

"Habis abang? Abang siapa dalam hidup Arsel?"

"Abang cuma berkhidmat untuk papa.. Kita tak ada apa-apa kaitan pun kan?"

Mata Arsel memandang Ariz lama.

"Abang bukan siapa-siapa. Abang tak perlu susahkan diri abang lagi lepas papa dah tak ada."

"Sampai hati Arsel cakap macam tu dengan abang.."

"Tapi itu kebenaran kan? Abang akan tinggalkan semua ni, you'll leave me like papa did right? Cause you finally found your family.."

"Abang takkan tinggalkan Arsel!"

Nada suara Ariz naik.

Bahu Arsel terhinjut.

Ariz.. Ariz tak pernah tinggikan suara padanya. Ini ada kali yang pertama.

"I'll never leave you. Itu yang abang janji pada tuan Mustafa! Abang dah bersama dengan Arsel bukan baru dua tiga tahun macam tan sri Moktar.. We've been together since we were kids.."

RAID ARSELWhere stories live. Discover now