𝑏𝑎𝑏 39

1.6K 96 6
                                    

As long as I'm here no one can hurt you, don't wanna lie here but you can learn to, if I could change the way that you see yourself. You wouldn't wonder why you hear, they don't deserve you.

Arsel memandang pantulan dirinya melalui cermin. Dia yang sudah lengkap bersiap hanya menunggu panggilan daripada Mikayla untuk keluar dari bilik.

Teringat kembali perbualan singkat nya dan Mikayla.

"Mya.. Whatever happens, saya harap awak tak lupakan saya ya."

Mata redup Mikayla memandang Arsel cukup lama.

"Saya takkan lupakan awak. Terima kasih sebab selalu ada untuk saya selama ni."

Mikayla menarik Arsel ke dalam pelukan, rapat. Sejujurnya dia tak tahu bagaimana harus menjelaskan pada Arsel situasi mereka saat ini.

Lepas tuan Raid bawa Arsel pergi, apa yang tuan Raid akan buat pada Arsel?

Mikayla memejamkan matanya rapat-rapat apabila Arsel membalas pelukan eratnya.

Dapat ke Mikayla jumpa Arsel lagi selepas ni?

Bunyi pintu dibuka mengembalikan Arsel ke dunia nyata. Segera dia berpaling daripada cermin dan melihat gerangan siapa yang datang.

Terlihat Jay kemas berpakaian, berdiri tegak di hadapan pintu.

"Kau dah siap?"

Tanya Jay.

Arsel tak ingat bila kali pertama Jay bercakap dengan dia, sepanjang berada di sini, Arsel sedar, sifat Jay. Jay orangnya serius, hanya bercakap bila perlu. Jarang tersenyum dan ketika bersua dengan Arsel, pandangan Jay terlihat seperti helang. Tajam.

"Kau tak dengar ke apa aku cakap?"

Jay tegaskan suara apabila melihat Arsel mengelamun apabila di tanya.

Lekas-lekas Arsel angguk kepala.

"Tuan Raid nak jumpa kau sebelum kita pergi. Ikut aku."

Tanpa menunggu, Jay berjalan pergi meninggalkan Arsel yang masih terduduk di meja solek.

Mendengar nama 'Tuan Raid' Arsel bangun dari kerusi dan berlari anak membuntuti Jay dari belakang.

Jay berhenti melangkah dan memusingkan tubuh ke belakang, Arsel yang berlari anak tadi spontan berhenti.

"Cepat sikit."

Arah Jay.

Arsel tunduk, mengetap bibir.

***

Sampai di hadapan pintu berwarna hitam itu. Jay berhenti, Arsel yang masih melangkah spontan terhantuk pada belakang badan Jay.

RAID ARSELWhere stories live. Discover now