𝑝𝑟𝑜𝑙𝑜𝑔

7.7K 257 9
                                    

Aku diam. Sukar untuk bernafas, dia berada tujuh langkah di hadapan ku, berpeluk tubuh, sambil menghisap rokok. Matanya tidak lari, walaupun sedikit. Sistem tubuhku terasa mati.

"Care to explain where you've been?"

His husky deep voice menampar gegendang telingaku. Jariku bertaut, bibir bawah aku gigit, tidak mampu bernafas dengan baik bila berada dengannya, apalagi untuk berkata-kata.

"I'll accept that as no."

Rokok dia tonyoh ke atas meja. Tangan nya naik menyikat rambut ke belakang, butang kemeja dia buka sehingga ke paras dadanya. Aku menelan air liur, terasa berpasir, tersekat di kerongkong.

"You've been naughty today. Now speak to me, how should I punish you?"

Dia tersenyum sinis, tangan masuk ke kocek seluar, jarak kami yang tadi nya tujuh langkah hanya tinggal setengah. Aku boleh terhidu perfume miliknya daripada jarak sedekat ini. Mataku memandang dada nya yang sasa.

"Are you giving me a silent treatment now huh?"

Dia bertanya sekali lagi. Wajah nya kini hanya seinci dengan wajahku, aku cuba berundur ke belakang namun langkah ku terhenti kerana aku sudah melekap pada dinding.

Pathetic.

Tangan nya yang dingin menyentuh bawah daguku, memaksa aku mendongak memandang sepasang mata milik nya yang selalu mampu melonggarkan lutut mana-mana wanita.

Adakah kau tertanya-tanya jika ia berfungi kepada aku? Well yes.

"Look at me when I'm talking to you. Focus on me, just me. Mya."

Perlahan-lahan aku angguk. Hanya untuk membuat dia berpuas hati.

"Look at yourself right now. Basah, berlumpur. Apa yang aku bagitahu kau sebelum aku keluar semalam? Jangan keluar dari rumah ni kalau aku tak ada kan? Sekarang ni kau saja nak cabar aku ke macam mana?"

Aku cuba memalingkan wajah namun tangan nya kemas di bawah daguku. Aku tak mampu mengelak.

"Aku tau kau suka hujan. But can you please leave your childish behavior at home when you're with me?"

Aku mengedipkan mata. Tapi.. Aku nak main hujan je, aku bosan. Aku bosan terkurung.

Dia melepaskan daguku. Pipiku di usap menggunakan ibu jarinya. Bibirku dia pandang lama. Jantungku sudah berubah rentak. I'm scared.

"Jangan gigit bibir. Nanti luka."

Dang it. Wajahku terasa panas.

"Let me clear it for you. Mya. Keep in your fucking mind that you'll be messed up if I'm upset. You can't control me, so if you want to live happily ever after.. Listen to everything I said. Understand? Troublemaker?"

Aku tolak dadanya. Tak kuat, hanya perlahan. Cukup untuk mencipta sedikit jarak di antara kami.

Kedua tangan ku naik membuat isyarat.

"Saya nak naik atas, saya nak mandi."

Aku mesti mengelak. Entah macam mana dia boleh balik awal harini, sepatutnya aku lebih peka.

Bibir nya mengukir senyuman.

"Baguslah. Bau pun dah macam kambing."

Mataku membulat.

"Why?"

Dia bertanya selamba. Hujung tudungku yang basah dia lilit ke jari.

"Ingat lawak samakan saya dengan kambing?"

Matanya memandang aku. Lama.

"So? Kau nak aku samakan kau dengan apa? Princess? You know that you'll never be a princess."

Aku ketap bibir. Geram.

"You know.. Lepas mandi hujan, kena terus mandi tau. Basahkan rambut kalau tak nak demam. And.."

Jarinya naik menyentuh hujung hidungku. Turun ke bawah sehingga ke bibir, bibirku di usap perlahan.

"I think you need something warm.. You know, like me."

Warm?

Dia lebih kepada dingin. Hangat nya hanya sedikit.

"Come on. My offer won't come twice."

Aku memejamkan mata. Menarik nafas dalam-dalam.

"Terima kasih. Tapi saya tak nak."

Aku berlalu tanpa menunggu balasan daripada nya. And I feel, lirikan matanya menembus belakang tubuh ku.

"Ever since you came into my life, I have considered you as my right. Keep it in your mind.. And you have to be a good girl for me, will you? Mya?"

RAID ARSELWhere stories live. Discover now