𝑏𝑎𝑏 61

1K 33 2
                                    

Pukul 5 pagi. Arsel sudah terbangun, matanya memandang ke siling bilik tidur. Dia ada di dalam bilik Raid, seketika ingatan nya menjengah tentang apa yang mereka lakukan malam itu, Arsel memejamkan mata.

What have you done, Arsel?

Selimut yang menutupi badan nya diselak. Ya, dia tak pakai apa-apa, dia sudah melakukan 'hal' itu dengan Raid semalam!

Perlahan-lahan dia cuba bangun. Baju nya yang berselerakan di atas lantai di ambil, walaupun baru pukul 5 pagi, dia harus ke bilik air untuk membersihkan diri.

Raid yang tidur nyenyak di atas katil sikit pun tak terganggu dengan pergerakan isterinya. Mata Raid rapat terpejam sambil berselimut hingga ke paras pinggang.

Arsel tenung wajah Raid lama. Tiba-tiba saja dia teringat kata-kata Raid semalam.

"You'll regret this when you wake up, Carmen."

Dan sekarang, adakah Arsel menyesal.

Tangan nya naik mengusap rambut Raid. Bibirnya mengukir senyuman pahit.

"I should kill you right now.. It's a good chance. But why I can't? What did you do to me.."

Arsel berhenti mengusap rambut Raid. Perlahan-lahan dia menarik tangan nya lalu dia terus bergegas ke bilik air.

Dia harus pergi dari situ secepatnya sebelum lelaki itu terbangun.

Buat kali terakhir, Arsel melihat Raid.

Selamat tinggal.

***

Raid buka kelopak mata nya. Beberapa minit yang lepas dia sedar isterinya sudah keluar dari bilik. Raid yang masih berbaring di atas katil itu diterjah oleh Jay dan Mikaila.

Kedua-dua wajah itu terlihat panik. Raid meraup wajah.

"Maa.. Maafkan kami tuan Raid. Kami cuma nak bagitahu yang puan Carmen keluar tergesa-gesa tadi sambil bawa luggage.."

Raid mencapai baju nya yang tergeletak tidak jauh. Dipakai, lalu lelaki itu bersandar tenang pada kepala katil. Matanya memandang wajah Jay dan Mikaila silih-ganti.

"Tuan Raid bergaduh dengan puan Carmen ke?"

Mikaila bertanya kerana risau. Tadi 'Carmen' tidak menghiraukan mereka. Dia pergi begitu sahaja sambil mengheret luggage. Mata nya terlihat merah seperti baru habis menangis.

"Tu.. Tuan nak saya kejar dia? Puan Carmen tak jauh lagi ni tuan.. Saya risau kalau-kalau dia kembali ke tempat tan sri Moktar.."

Ujar Jay. Serius, kalau seandainya 'Carmen' kembali ke sana. Mungkin agak sedikit sukar untuk mereka menyelamatkan nya semula nanti.

"Aku tak bergaduh dengan dia."

"Habistu?"

"Jay.. Biarkan saja dia pergi."

Jay dan Mikaila terkejut. Lalu saling berpandangan. Tuan Raid.. Tuan Raid biarkan saja isterinya pergi dengan keadaan sekarang?

Dia tak risaukan isterinya ke?

"Kalau apa-apa jadi pada puan Carmen macam mana, tuan?"

"Dia takkan kembali pada Moktar.." Jeda, Raid senyap beberapa ketika.

Ya. Carmen takkan kembali pada tan sri Moktar. Dia tahu.

RAID ARSELHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin